Connect with us

Oh! Media

Anak Krakatau Dikelilingi Cuaca Buruk – Bakal Sumbang Gelombang Tsunami Kedua

P06wh11vjpg

Umum

Anak Krakatau Dikelilingi Cuaca Buruk – Bakal Sumbang Gelombang Tsunami Kedua

Berikutan dengan keadaan cuaca yang buruk dan tidak menentu, Selat sunda dijangka bakal menerima kejadian tsunami kedua kerana cuara buruk itu menyelubungi sekitar gunung berapi Anak Krakatau.

Keadaan ini dikeluarkan oleh Ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG), Dwikorita Karnawati yang berkata pihaknya sedang memantau semua aktiviti gegaran di Anak Krakatau, terutama ketika ini cuaca melampau dan ombak besar dilaporkan direkodkan di kawasan itu.

“Keadaan cuaca itu boleh mengakibatkan runtuhan pada bahagian gunung berapi, sekali gus meluncur masuk ke dalam laut dan menyebabkan berlakunya tsunami,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

IKLAN

Turut dikhuatiri akan berlaku tanah runtuh kerana hujan lebat yang berterusan sehingga kelihatan kesan lekukan berbentuk bulat pada gunung berapi dikesan semakin rapuh.

Berikutan potensi berlakunya insiden tanah runtuh dasar laut dan tsunami itu, beliau meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menghampiri kawasan pantai pada jarak antara 500 meter hingga satu kilometer.

Sementara itu, Kerajaan Indonesia sudah mengarahkan satu siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tsunami pada 22 Disember lalu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas