Connect with us

Oh! Media

Amaran Bekalan Minyak Dijangka Kering Januari Depan

Umum

Amaran Bekalan Minyak Dijangka Kering Januari Depan

Selepas pengumuman kerajaan di mana akan berlaku penurunan dan sistem harga mingguan untuk minyak RON95 untuk memastikan harga minyak yang lebih murah, kini pengguna dikhuatiri bakal berdepan masalah untuk mendapatkan petrol dan diesel kerana semua tangki penyimpanan di stesen minyak dijangka kering awal tahun  hadapan.

ADVERTISEMENT

Ini berikutan dengan sikap ada pengusaha stesen minyak yang tidak mahu menambah simpanan dalam tangki dan ia disuarakan sendiri oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (BUMIPEDA), Datuk Abu Samah Bachik.

Sudah pasti kita tidak mahu menambah simpanan minyak pada penghujung bulan pada harga yang mahal, namun terpaksa jual mengikut kadar lebih murah berkuat kuasa 1 Januari.

“Jika sebelum ini kerajaan menggunakan sistem apungan harga mengikut bulanan, kita masih boleh beroperasi dengan membuat keuntungan jualan bagi menampung kos operasi.

“Bagaimanapun, keputusan kerajaan menggunakan semula apungan harga bahan api secara mingguan dan berkuat kuasa 1 Januari ini bakal mencetuskan kerugian kepada pengusaha,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Oleh itu, ini dilihat sebagai protes dari pengusaha-pengusaha stesen minyak dan mereka berkata “Sepatutnya kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan, jemputlah kami untuk berunding dan memberi laluan untuk menyuarakan pandangan supaya apa saja penyelesaian yang dilakukan bersifat ‘menang-menang’.

“Memang betul tanggungjawab kerajaan ialah untuk menjaga kebajikan pengguna, namun kami sebagai pengusaha stesen minyak perlu menampung operasi dengan menjana keuntungan.

“Bagaimana kami nak meneruskan operasi dan memenuhi permintaan pengguna jika wujud ketidakadilan dalam keputusan kerajaan berkaitan mekanisme penetapan harga minyak di pasaran,” tambahnya lagi.

Jadi langkah yang terbaik yang dilihat mampu memberikan keputusan menang-menang kepada pengusaha dan pengguna adalah menggunakan penetapan harga secara bulanan yang dilihat memudahkan pengusaha stesen minyak menguruskan pembelian simpanan dan kadar penjualan kepada pengguna jelas Abu Samah.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas