Connect with us

Oh! Media

Amaran Bahaya Dipertingkat Kepada Tahap 3 – Gunung Anak Krakatau

Umum

Amaran Bahaya Dipertingkat Kepada Tahap 3 – Gunung Anak Krakatau

Amaran bahaya yang dikeluarkan oleh pakar berikutan dengan aktiviti Gunung Berapi Anak Krakatau kini dipertingkatkan dan penduduk di pesisiran pantai Selat Sunda dinasihatkan untuk menjahui pantai.

ADVERTISEMENT

Badan Gelologi Kementerian Indonesia telah mempertingkatkan status gunung berapi tersebut daripada tahap waspada (level II) kepada tahap bahaya (level III) dan radius zon pantai diperluas dari 2km menjadi 5km.

“Naiknya status berbahaya ini bermula 27 Disember jam 6 petang,” ujar Sutopo, Ketua Pusat Data Informasi BNPB.

Berdasarkan data mereka, Gunung Anak Krakatau aktif kembali dan memasuki fasa erupsi mulai Julai lalu.

Erupsi atau letusan seterusnya akan berupa letusan Strombolian disertai percikan lava merah dan aliran lava yang akan menuju ke arah tenggara.

“Kemungkinan terdapat lubang kawah baru yang dekat dengan ketinggian air laut. Sejak itu letusan berlaku tanpa henti. Suara letusan terdengar beberapa kali setiap minit,” kata Sutopo.

Sumber: Tribun News

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas