Connect with us

Oh! Media

Alibaba Kutip RM128.91 Billion Hanya Dalam 24 Jam

Umum

Alibaba Kutip RM128.91 Billion Hanya Dalam 24 Jam

Pada tahun ini, Alibaba serta Lazada selaku platform e-dagang Asia Tenggara menjalankan promosi dengan lebih awal dan meriah berbanding sebelum ini. Di Malaysia, konsert sempena jualan 11.11 telah dijalankan manakala di China selebriti seperti Miranda Kerr dan Mariah Carey telah dijemput untuk merancakkan lagi Single’s Day.

ADVERTISEMENT

Sejak mula Alibaba menjalankan promosi Single’s Day pada tarikh 11.11, jumlah kutipan jualan terus meroket pada setiap tahun. Pada tahun ini, Alibaba sekali lagi mengulangi skrip yang sama dimana syarikat dari China ini berjaya mengutip $30.8 bilion (RM128.91 bilion) sepanjang 24 jam promosi berlangsung.

Jumlah yang direkodkan ini jauh meninggalkan rekod pada tahun lalu dengan peningkatan sebanyak 27%. Lebih hebat, satu per tiga daripada jumlah jualan berjaya diperoleh pada satu jam pertama promosi berlangsung dimana Alibaba berjaya memperoleh $10 bilion.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas