Connect with us

Oh! Media

Alat Peranti Penggodam Mesin ATM Dikesan – Polis Tahan 3 Lelaki

Umum

Alat Peranti Penggodam Mesin ATM Dikesan – Polis Tahan 3 Lelaki

Pelbagai cara dan kaedah yang digunakan penjenayah dalam melakukan aktiviti mereka. Terbaru, pihak polis telah berjaya menahan tiga lelaki tempatan yang telah memesang alat peranti penggodam di sebuah mesen pengeluaran automatik (ATM) yang berada di Jalan Changkat Bukit Bintang.

ADVERTISEMENT

Menurut pihak polis, mereka yang ditahan berumur di antara 30 hingga 48 tahun dan ditahan di sebuah kedai serbaneka 24 jam berdekatan mesin ATM terbabit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, lima anggota unit rondaan bermotosikal (URB) Balai Polis Tun HS Lee membuat pemeriksaan di sebuah mesin ATM dan mendapati terdapat alat mencurigakan di atas ruangan ‘keypad’ (papan kekunci) dan ruangan untuk memasukkan kad.

“Hasil pemeriksaan mendapati peranti itu merupakan satu unit komponen pengimbas kad kredit atau debit yang dilekatkan pada ruangan masuk kad.

Sumber: Kosmo

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas