Connect with us

Oh! Media

Akibat Mahu Popular, Pasangan Ibu Anak Terima Padah!

ohmedia lakon 12b252812529png

Umum

Akibat Mahu Popular, Pasangan Ibu Anak Terima Padah!

Sumber dari The Star Online

Kerana mahu menarik lebih ramai pengikut di laman sosial, pasangan ibu anak sanggup berlakon terbabit dalam kemalangan jalan raya. Namun lakonan mereka akhirnya membawa padah, pasangan berkenaan dipenjara selama lima hari dan didenda sebanyak RM118. Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di China.

Dipetik dari Metro Online, lelaki itu yang dikenali sebagai Chao, 26, memandu sebuah kereta mewah Lamborghini berwarna biru di satu persimpangan di daerah Jinshui. Sampai di persimpangan berkenaan dia berpura-pura berlanggar dengan sebuah skuter elektrik yang ditunggang ibunya. Wanita berusia 55 tahun itu kemudiannya dilihat berguling-guling di atas jalan raya hingga menyebabkan lalu lintas di persimpangan berkenaan terganggu.

Menurut pihak polis tempatan, mereka dipenjara dan didenda kerana perbuatan mereka telah menyebabkan kesesakan lalulintas selama 40 minit. Insiden dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain dan dimuat naik ke media sosial, telah mengundang kemarahan dan pelbagai kecaman dari netizen.

IKLAN

Sumber : Metro Online

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas