Connect with us

Oh! Media

Akibat Kerap ‘Mabuk’, Akhirnya Lelaki Ini Dirawat Guna Najis

Umum

Akibat Kerap ‘Mabuk’, Akhirnya Lelaki Ini Dirawat Guna Najis

Korang jangan salah faham, mabuk yang dimaksudkan bukanlah tentang pengambilan alkohol secara berlebihan. Kes ini dilaporkan berlaku di Amerika, dimana seorang lelaki berusia 47 tahun berasa mabuk sepanjang hari selepas mengambil antibiotik meskipun minum minuman beralkohol.

ADVERTISEMENT

Difahamkan gejala ini dikenali sebagai sindrom ‘bir automatik’, keadaan di mana tubuh menghasilkan alkohol dalam usus seseorang. Kaedah seperti diet karbohidrat dan rawatan anti-kulat yang sepatutnya berkesan untuk merawat masalah berkenaan tidak berkesan.

Sumber gambar dari Health Europa

Menurut info, apabila seseorang tu menjalani pembedahan melibatkan saluran pencernaan atau baru saja menjalani rawatan antibiotik, mereka berpotensi untuk merasa mabuk. Bahkan dalam satu insiden, kandungan alkohol dalam darah mampu meningkat empat kali ganda.

Hal ini menyebabkan lesen memandu lelaki berkenaan ditarik balik oleh pihak polis kerana disangka memandu dalam keadaan mabuk. Akhirnya satu cara ditemukan bagi mengatasi masalah ini. Cara berkenaan adalah menggunakan pemindahan najis.

Hal ini hasil kajian jurnal kesihatan Annals of Internal Medicine. Berdasarkan kajian berkenaan, doktor berkenaan memindahkan mikrobiot, sejenis bakteria yang ada pada najis ke dalam usus kecil lelaki berkenaan dan dirawat selama 34 bulan.

OHMEDIA: KORANG JANGAN BAYANGKAN YANG RAWAT MABUK NI DI BAGI KORANG HIDU NAJIS SAMPAI HILANG MABUK. ADALAH CARA DAN KAEDAH YANG LEBIH SAINTIFIK.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca doktor rawat mabuk guna najis di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas