Connect with us

Akibat Berkeliaran Berhampiran Semak, Seekor Kucing Buat Penduduk Panik!

Umum

Akibat Berkeliaran Berhampiran Semak, Seekor Kucing Buat Penduduk Panik!

Sumber dari Kucing Kampung

Seekor kucing buat panik penduduk setempat? Kerana penduduk menyangka kelibat yang mereka lihat berkeliaran didalam semak adalah seekor seekor harimau. Tetapi malangnya ia bukanlah seekor harimau, tapi seekor kucing tulap, atau nama Inggerisnya disebut sebagai Asian Golden Cat. Kucing ini merupakan seekor kucing liar yang mempunyai saiz sederhana besar dan bulu keemasan.

Sumber dari Twitter @sunfloweraidil

Lokasi kelibat kucing berkenaan dilaporkan dilihat di semak di Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, di Seremban. Pihak PERHILITAN berkata, dipertik dari Metro Online, buat masa ini pihak mereka tidak melakukan sebarang tangkapan terhadap haiwan berkenaan, bagaimanapun PERHILITAN melakukan pemantauan di lokasi aduan.

Sebelum ini, dilokasi yang sama, seorang pengawal keselamatan mendakwa melihat kelibat sang belang dikawasan perumahan berkenaan dan meminta mereka agar sentiasa menutup pintu untuk langkah berjaga-jaga.

Sumber : Metro Online


+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top