Connect with us

Akhirnya Menteri Pertahanan Gerak Tentera Bantu Polis Kurangkan Pergerakan Rakyat

Umum

Akhirnya Menteri Pertahanan Gerak Tentera Bantu Polis Kurangkan Pergerakan Rakyat

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hari ini mengeluarkan kenyaatan dalam satu perutusan khas mengenai penularan wabak COVID-19 dimana kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini bagi membantu pihak polis mengurangkan pergerakan rakyat. Beliau juga menjelaskan perintah untuk menggerakkan askar bukanlah satu perintah darurat.

Namun terdapat berita palsu yang disebarkan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu tentang pengelibatan tentera secara terus dan mendakwa Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mendapat perkenan dari Yang Di-Pertuan Agong untuk mengumumkan perintah darurat.

Keputusan ini dibuat setelah melihat segelintir rakyat Malaysia masih berdegil untuk tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan meskipun sudah tiga hari perintah ini dilaksanakan. Memaksa pihak polis melakukan rondaan dengan kerap dan meleraikan mereka-mereka yang berkumpul walaupun tindakan undang-undang akan diambil keatas mereka sekiranya melanggar perintah kawalan pergerakan berkenaan.

OHMEDIA: HARAP DENGAN PENGELIBATAN TENTARA MEMBANTU PIHAK POLIS PERGERAKAN RAKYAT DAPAT DIKURANGKAN DAN PENULARAN DAPAT DIBENDUNG SEPENUHNYA.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Menteri Pertahanan gerak tentera bantu polis kurangkan pergerakan rakyat di Facebook Oh! Media

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top