Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Malaysia Tigers Lakar Kemenangan Dalam Ujian Terakhir

Umum

Akhirnya Malaysia Tigers Lakar Kemenangan Dalam Ujian Terakhir

Setelah dua kali tewas dalam perlawanan ujian, akhirnya Malaysian Tigers berjaya melakar kemenangan 4-2 menentang pasukan New Zealand dalam perlawanan ujian akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

ADVERTISEMENT

Dua gol padang menerusi Faizal Saari dan Nik Aiman Nik Rozemi pada suku keempat menyaksikan pasukan bimbingan Roelant Oltmans itu meraih kemenangan penting sebelum kempen Piala Dunia 2018 di Bhubasneswar, India, selepas tumpas 1-2 dan 3-4 kepada pasukan sama dalam dua pertemuan lepas.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan pada minit kedua menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim sebelum New Zealand menyamakan kedudukan lapan minit kemudian melalui pukulan sudut penalti Kane Russell.

Pada suku kedua, jaringan gol padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil kembali meletakkan Malaysia di hadapan dan benteng pertahanan kental ditampilkan skuad negara menyaksikan kedudukan 2-1 itu kekal menuju ke suku ketiga perlawanan.

Skuad ‘Black Stick’ bangkit bertenaga di suku keempat dan berjaya menjaringkan gol kedua menerusi gol padang George Muir pada minit ke-46, namun tiga minit kemudian Faizal Saari menyumbat masuk gol ketiga Malaysia sebelum jaringan gol padang Nik Aiman (minit ke-56) memastikan kemenangan 4-2 kepada pasukan tuan rumah.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas