Connect with us

Oh! Media

Ajak Shiro Raikan Hari Jadi Anak-Anak, Netizen Kagum Lihat Semua Tarikh Serentak

408096a2 3523 4580 a00b 1b827f1a3a6epng

Oh! Artis

Ajak Shiro Raikan Hari Jadi Anak-Anak, Netizen Kagum Lihat Semua Tarikh Serentak

Selamat hari jadi Ohmedia ucapkan kepada tiga cahaya mata Ajak Shiro! Kalau korang nak tahu semalam beliau meraikan hari jadi anak-anaknya itu di rumah. Apa yang lebih menarik, kesemuanya itu mempunyai tarikh lahir yang sama tau pada 25 March.

Wah, untung betul! Menerusi satu video yang dimuatnaik di Instagramnya, @ajakshiro berdurasi 6 minit 21 saat itu, beliau dan isterinya meluahkan rasa syukur apabila Allah memberikan rezeki untuk menyambut hari lahir anak-anak pada tarikh yang sama.

Anak pertamanya yang bernama Jad Thaqif dilahirkan pada 25 March 2010 manakala anak keduanya, Had Thaqif pula dilahirkan pada 25 March 2013 dan akhir sekali bernama Nada Soffea dilahirkan pada 25 March 2015.

IKLAN

Besar jadi orang berguna ye Nak. Baba dan ibu rasa bertuah sangat bila Allah berikan rezeki sambut hari lahir anak-anak pada tarikh yg sama. Tahun lepas rezeki kita dapat sambut di Makkah. Tahun ni di rumah. Apapun, Alhamdullilah. Semoga kita semua dilindungi-Nya.

Ajak juga menjelaskan bahawa kesemua anak-anaknya dilahirkan secara kebetulan pada tarikh yang sama dan isterinya pula bersalin mereka secara normal. Apapun, sekali lagi Ohmedia ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada tiga cahaya mata Ajak dan semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah, Amin.

OHMEDIA: BESTNYA BILA ANAK-ANAK SEMUA TARIKH LAHIR SAMA. JIMAT KOS UNTUK SAMBUT HEHE.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca kagum dengan Ajak di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas