Umum
Ahmad Maslan Kongsikan Resit Makan Sewaktu Di KLIA 2
Oleh

“Sedap dan cantik hidangannya tapi mahal,” itu yang dikongsikan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan menerusi laman Twitternya, malam tadi.
Beliau turut menyatakan dalam catatan ringkasnya itu cukai perkhidmatan enam peratus, caj perkhidmatan lima peratus, serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan dalam harga yang tersembunyi dalam menu berkenaan.
“Nasi ikan bawang dan air mineral RM37.50 sebab campur SST service tax 6 peratus dan Service Charge 5 peratus dan juga SST Sales Tax 5/10 peratus dalam harga yang tersembunyi,” kongsinya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter.
Antaranya pengguna dengan nama Pokodolonso.
“Masa GST (cukai barang dan perkhidmatan) asyik masak nak kena jimat terbeban dengan GST. Sejak SST ni ja asyik makan luar. Makan tempat mahai (mahal) pulak tu. Bersyukurla sebab kat luar sana masih ada yang makan sehari sekali ja,” katanya.
Bagi seorang lagi pengguna Twitter, SuaraSaya berkata, dia tidak mampu makan di tempat seperti itu.
“Tak mampu nak makan tempat macam tu.. tepi jalan atau masak je.. orang kaya-kaya boleh la ari-ari (hari-hari) pi tempat macam tu. Tapi jangan menyalak bila kena SST,” kongsinya.
Nasi ikan bawang & air mineral rm37.50 sbb campur #SST Service Tax 6% & Service Charge 5% & juga SST Sales Tax 5/10% dlm harga yg tersembunyi. Sedap & cantik hidangannya tapi mahal. pic.twitter.com/FpX6rZeowt— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) September 13, 2018
