Connect with us

Oh! Media

Ahli Silap Mata Mungkin Tersilap Langkah Kali Ini

Umum

Ahli Silap Mata Mungkin Tersilap Langkah Kali Ini

Sebenarnya ramai ahli silap mata dalam dunia ini yang gagal melakukan aksi silap mata mereka, lagi-lagi apabila ia melibatkan aksi yang berbahaya. Terkini, seorang ahli silap mata India dilaporkan hilang ketika sedang melakukan aksi ikatan kaki dan tangan sebelum terjun ke sungai.

ADVERTISEMENT

Aksi ini jika korang tahu, pernah dilakukan dan cukup terkenal oleh mendiang Harry Houdini. Ahli silap mata India, bernama Chanchal Lahiri itu sepatutnya melepaskan diri dan berenang ke tebing, namun masih tidak timbul dari sungai Hooghly di barat negeri Bengal.

Lahiri sebelum ini dikatakan pernah membuat aksi seumpama itu dahulu yang diletakkan di dalam bekas kaca dan berjaya melepaskan diri 20 tahun yang lalu.

Tapi kali ini, ia sedikit berbeza apabila dirinya diikat menggunakan rantai berserta enam kunci sambil diperhatikan penonton di atas dua bot dan di sepanjang jambatan Howrah di Kolkata.

Polis dan pasukan penyelam melancarkan operasi mencari dan menyelamat di lokasi terbabit namun gagal mengesan Lahiri.

Seorang pegawai polis memberitahu Hindustan Times, Lahiri tidak boleh disahkan mati selagi mayatnya tidak ditemui.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas