Connect with us

Oh! Media

Ahli Kariah Masjid Tidak Dibenarkan Solat Subuh?! Apa Kes?!

Umum

Ahli Kariah Masjid Tidak Dibenarkan Solat Subuh?! Apa Kes?!

Sumber gambar dari Suara Merdeka

Baru-baru ini tular dimedia sosial sekeping gambar notis baru operasi sebuah masjid di Pulau Pinang. Apa yang lebih mengejutkan, waktu operasi masjid berkenaan bermula dari 9:30 pagi hingga 9:30 malam. Jadi timbul persoalan di kalangan netizen bagaiman kariah masjid berkenaan mengerjakan solat subuh berjemaah?

ADVERTISEMENT
Sumber gambar dari Suara Merdeka

Pada masa yang sama, seorang individu yang mendakwa beliau sebagai salah seorang kariah masjid berkenaan memohon bantuan netizen dimedia sosial untuk tularkan kes ini. Beliau mendakwa kejadian ini didalangi oleh golongan yang kurang senang dengan Islam. Berikut adalah kenyataan individu berkenaan.

“Tuan-tuan yang mulia, tolong bantu kami di Masjid York Road. Mulai pada 31 Disember 2019 masjid akan dikunci pada pukul 9.30 malam dan akan dibuka pada 9.30 pagi. Bermakna subuh tidak dibenarkan untuk solat, jadi kami mahu solat juga walaupun di luar pagar. Datanglah dan viralkan berita ini melalui media sosial supaya Allah tahu bahawa di Penang (Pulau Pinang) ini ada Yahudi yang masih aktif. Kita marah kepada Yahudi di Palestin sementara lupa kepada Yahudi yang ada di depan mata. Pengerusi dan AJK (Ahli Jawatankuasa) semua orang luar yang jarang sembahyang di Masjid York Road. Jika mereka hendak bermesyuarat, mereka sembahyang di masjid lain yang ada ‘aircond’ lepas tu baru datang ke Masjid York Road untuk bermesyuarat.  ‘Aircond’ masjid hanya untuk depa (mereka) bermesyuarat saja. Jadi kita jemput tuan tuan pagi 31 Disember 2019 untuk kita solat bersama di luar masjid. Dan viralkan di media sosial. Terima kasih.”

Kenyataan ini mengundang rekasi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Kassim. Beliau menyatakan notis berkenaan tidak diterima pakai berdasarkan Kaedah 35 Fungsi Masjid. Beliau berpendapat ini adalah kerja individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba memberi imej negatif pentadbiran agama Islam di Pulau Pinang.

Dipetik dari Suara Merdeka, tambah beliau, semua pengerusi dan AJK kariah dinasihat dan diingatkan supaya semua bidang tugas dan kuasa pentadbir masjid, tanah wakaf dan tanah perkuburan yang dijalankan adalah bagi pihak atau wakil MAINPP seperti termaktub dalam Kaedah 3 & 8.

Sumber: Suara Merdeka

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas