Connect with us

Oh! Media

Agong Bertitah Agar Rakyat Terus Yakin Dengan Kerajaan Dalam Usaha Kurangkan Kos Sara Hidup

71552271774 agongjpg

Umum

Agong Bertitah Agar Rakyat Terus Yakin Dengan Kerajaan Dalam Usaha Kurangkan Kos Sara Hidup

Masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada ketika ini mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertitah agar rakyat untuk terus memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan yang kini sedang mengambil pelbagai langkah dalam membantu mengurangkan kos sara hidup.

“Rakyat juga perlu realistik dalam meletakkan harapan kepada Kerajaan dan terus berusaha untuk memajukan diri ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup.

“Semestinya kerajaan beta akan sentiasa bersama-sama rakyat dalam mengharungi cabaran ini,” katanya berucap pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

IKLAN

Al Sultan Abdullah juga berkata keyakinan harus diletakkan kepada kerajaan yang memimpin sekarang walaupun kesannya mungkin tidak dapat dilihat dan dirasai dengan cepat.

“Di samping itu, Kerajaan juga akan memperkukuhkan kerjasama strategik dengan sektor swasta dan badan bukan Kerajaan dalam isu-isu kepenggunaan serta meningkatkan penguatkuasaan ke atas pihak yang mengeksploitasi harga dan mengambil keuntungan berlebihan.

“Pelbagai inisiatif turut dilaksanakan, antaranya penyelarasan gaji minimum, pemberian Bantuan Sara Hidup, subsidi bersasar, program ‘Food Bank’ serta peningkatan kualiti sistem penyampaian Kerajaan,” titah baginda.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas