Connect with us

Oh! Media

Aduan: Kes Penipuan iPhone 6 Di Giant Tampoi, Johor Bahru

Umum

Aduan: Kes Penipuan iPhone 6 Di Giant Tampoi, Johor Bahru

Sebenarnya kes-kes penipuan handphone clone ni banyak berlaku di mana-mana. Jika kita tidak berhati-hati dan mudah dikaburi dengan harga yang luar biasa murah dari harga pasaran memang mudah untuk menjadi mangsa.

ADVERTISEMENT

Berikut merupakan perkongsian oleh follower Oh! Media, Zetty Zainal mengenai kejadian yang menimpa diri dan suaminya sendiri.

“Saya dan suami nak beli barang dapur di Gaint Tampoi, Johor Bahru.. Mase sy baru je nak beli barang ade satu warga asing datang kepada kami..dia ingin menjual IPHONE 6(GOLD) dan beri kami melihat handphone tersebut.. Lelaki itu buka setting menunjukkan handphone trsebut adalah original dan menunjukkan brape GB yg ade di handphone trsebut dan mengambil gmbar utk memastikan itu adalah hp yg original kemudian membuka tawaran harga 800..

Suami sy berminat kerana fikir 800 ringgit.. Lepas itu suami saya tanya lagi buat double confirm “800 ringgit betul ke ni”. Warga asing tu macam marah dan mengatakan “Malaysia money no good”. Sell 800 Singapore.. kemudian suami beritahu kepada lelaki trsebut “kenapa tak bagi tau awal-awal ni Malaysia bukan Singapore nak jual dollar”.

Kami ingin berlalu pergi tinggal kan lelaki asing tersebut tetapi lelaki tadi menahan dan membuat tawaran lagi kepada kami dengan harga SGD300.00 kemudian kami seperti tertarik kepada tawaran apabila melihat mukanya..kami ke ATM mengambil duit sebanyak seribu dan menukar duit di money exchange RM920.00 ke SGD300.00.

Apabila suami pergi kepada lelaki tersebut dan berbual bekenaan handphone tetapi kami seolah-olah telah dipukau. Saya yang jauh sedikit dari suami tergerak hati mengambil gambar lelaki asing trsebut. Kemudian saya datang kepada mereka saya menjadi tidak sedar dlm keadaan itu dan suami serah kn duit SGD300.00.

Kami berlalu pergi sambil membawa handphone itu..tetapi ape yg kami dapat bukan lah handphone Iphone original tapi adalah handphone Demo iphone 6. Setelah kami sedar kami tidak jauh pade lelaki tadi..bila kami kejar dia menghilangkan diri dan tak dapat dikesan.”

Kiriman Zetty Zainal

OHMEDIA: SEMOGA PASARAYA DI SELURUH MALAYSIA LEBIH MENGAWASI PENIPU-PENIPU NI DARIPADA TERUS BERKELIARAN DI DALAM KAWASAN SEKITAR UNTUK MECARI MANGSA.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas