Connect with us

Oh! Media

Adik Thaqif Berjaya Siapkan Permainan Video Ciptaannya

Umum

Adik Thaqif Berjaya Siapkan Permainan Video Ciptaannya

Selepas hampir dua bulan, kanak-kanak berusia 12 tahun yang kini menetap di FELDA Jengka 15, Maran , Muhammad Thaqif Syahiran Jamzuri, berjaya menyiapkan permainan komputernya yang dinamakan Myfps (Malaysia First Person Shooter).

ADVERTISEMENT

Kisah Muhammad Thaqif Syahiran menjadi tumpuan ramai sebelum ini termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan kemampuannya mencipta permainan komputer hampir setaraf dengan dibangunkan pencipta lain walaupun hanya bersekolah sehingga Tahun Lima.

“Komputer riba berkenaan diberikan penyanyi rap, Caprice (nama sebenarnya Ariz Ramli) yang turut memberi kerusi khas…sokongan ramai membuatkan Thaqif bersemangat dan berjaya menyiapkan permainan komputernya.

“Sekarang ini kami dalam proses untuk memasarkannya, kami tidak tahu caranya…sebab itu susah sedikit. Kami akan melakukannya secara berperingkat serta mendapatkan pandangan daripada pihak mempunyai pengetahuan berkaitan perkara berkenaan,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Sementara itu, Rafiah berkata keluarganya juga sudah memutuskan untuk mendaftarkan Muhammad Thaqif Syahiran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga, Bangi pada tahun hadapan bagi membolehkan anaknya mendapatkan pendidikan formal.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas