Connect with us

Oh! Media

Adik Di Perkosa Abang – Abang Sendiri Hingga Hamil!

Umum

Adik Di Perkosa Abang – Abang Sendiri Hingga Hamil!

Harapkan pegar, pegar makan padi. Itulah peribahasa yang dapat Ohmedia ungkapkan mengenai tindakan dua beradik lelaki sehingga sanggup merogol adik kandung mereka sendiri sehingga melahirkan seorang bayi perempuan di Kuantan, Pahang.

Perbuatan dua beradik lelaki yang berusia 17 dan 19 tahun itu terbongkar selepas adik perempuannya yang berusia 13 tahun itu mengadu sakit perut kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan, malam Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, berdasarkan pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah hamil 36 minggu dan selamat melahirkan bayi perempuan pada hari yang sama. yang dia dibawa kehospital.
Hasil soal siasat, mangsa memaklumkan dirogol dua abangnya bermula akhir 2017 ketika mereka menetap di Kuantan, Pahang.
“Susulan laporan dibuat di Balai Polis Chukai kelmarin, dua suspek ditahan dan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram,” katanya.
Sumber: New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas