Connect with us

Oh! Media

Adam Dan Ayumu Sasaki Yakin Untuk Kembali Garang Di San Marino

fb img 1536063937150jpg

Umum

Adam Dan Ayumu Sasaki Yakin Untuk Kembali Garang Di San Marino

Dua pelumba Moto3 Petronas Sprinta Racing, Adam Norrodin dan rakan sepasukannya Ayumu Sasaki, optimis mampu mempamerkan tunggangan terbaik bagi meraih mata di Grand Prix (GP) San Marino 2018, Ahad ini.

“Ia adalah fokus utama saya mulai Jumaat ini. Saya memang kecewa selepas tidak dapat meneruskan perlumbaan di Silverstone  minggu lalu, namun sekarang saya berasa amat teruja untuk berlumba di Litar Misano.

“Saya perlu mendapatkan sebanyak mungkin mata di Itali. Saya juga berharap dapat melakukan yang terbaik tahun ini dan  sesi latihan bebas satu (FP1) pada Jumaat ni,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

IKLAN

Sasaki berkata beliau berasa amat teruja untuk berlumba di Misano kerana mereka tidak berlumba selama dua minggu.Sasaki berkata beliau berasa amat teruja untuk berlumba di Misano kerana mereka tidak berlumba selama dua minggu.

“Saya juga gembira dengan pengumuman dibuat di Silverstone minggu lalu bahawa saya akan terus kekal berlumba bersama pasukan ini, pada musim depan.

“Jadi saya akan melakukan yang terbaik untuk setiap perlumbaan bagi membuktikan saya boleh buat dan melakukan lebih baik. Saya tahu banyak lagi kerja perlu dilakukan untuk tahun ini terutama bagi meningkatkan mutu tunggangan dan kekuatan mental ketika sesi latihan, jadi fokus utama sekarang untuk meningkatkan prestasi,” katanya.

Sumber: Berit

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas