Connect with us

Oh! Media

Adakah Pimpinan Netanyahu Akan Berakhir dan Menjadi Lebih Teruk?

Umum

Adakah Pimpinan Netanyahu Akan Berakhir dan Menjadi Lebih Teruk?

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman mengumumkan peletakan jawatan semalam, membuatkan pilihan raya bakal diadakan lebih awal dan meletakkan Israel dalam keadaan huru hara selepas tidak bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata Gaza.

ADVERTISEMENT

Pilihan raya sepatutnya diadakan selepas November 2019 namun peletakan jawatan Lieberman meningkatkan kemungkinan untuk ia diumumkan lebih awal.

“Apa yang berlaku semalam, proses perjanjian damai bersama Hamas ialah penyerahan kepada kehancuran,” kata Lieberman kepada wartawan ketika ditanya punca peletakan jawatan beliau.

“Apa yang kita lakukan sekarang sebagai sebuah negeri ialah membeli keamanan jangka pendek dan membayarnya dengan kerosakan jangka panjang terhadap keselamatan negara.

“Kita patut bersetuju mengadakan pilihan raya seberapa awal yang boleh,” katanya.

Sumber dari parti Likud pimpinan Netanyahu menafikan kemungkinan pilihan raya diadakan lebih awal dan menegaskan, ketua mereka akan mengambil alih portfolio Lieberman buat sementara waktu.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas