Connect with us

Oh! Media

Adakah Mayat Kenal Orang Yang Menziarahinya?

Umum

Adakah Mayat Kenal Orang Yang Menziarahinya?

SOALAN:
Ketika diziarahi akan kubur adakah mayat mengenali akan orang yang datang ziarah itu?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Disunatkan atas orang Islam ziarah akan kubur dan memberi salam atas penghuni kubur.
Sesungguhnya mayat itu mengenali orang yang ziarah dan menjawab akan salam yang diucapkan atasnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. sungguhnya Nabi saw bersabda:

مَا مِنْ رَجُلٍ يَمُرُّ بِقَبْرِ رَجُلٍ كَانَ يَعْرِفُهُ فِي الدُّنْيَا، فَيُسَلِّمُ عَلَيْهِ، إِلَّا عَرَفَهُ وَرَدَّ عَلَيْهِ
“Tidaklah lalu seorang lelaki pada kubur seseorang yang dia kenali di dalam dunia maka memberi salam atasnya maka mayat itu mengenalinya dan menjawab akan salam atasnya.” (Hadith Imam Baihaqi)

Berkata Imam Nawawi:

قال أصحابنا رحمهم الله: ويستحب للزائر أن يدنو من قبر المزور بقدر ما كان يدنو من صاحبه لو كان حيًّا وزاره
“Berkata ulama’-ulama’ kami disunatkan bagi orang yang ziarah kubur itu mendekati akan kubur dengan kadar yang mendekati kawannya ketika ketika hidup di dalam dunia.” (Kitab Majmu’ Syarah Muhazzab)

Dan berkata Ibnu Qayyim:

وقد شرع النبي صلى الله عليه وآله وسلم لأمته إذا سلموا على أهل القبور أن يسلموا عليهم سلام من يخاطبونه، فيقول: (السلام عليكم دار قوم مؤمنين)، وهذا خطاب لمن يسمع ويعقل، ولولا ذلك لكان هذا الخطاب بمنزلة خطاب المعدوم والجماد، والسلف مجمعون على هذا، وقد تواترت الآثار عنهم بأن الميت يعرف زيارة الحي له ويستبشر به
“Dan sungguhnya telah memerintah oleh Nabi saw akan umatnya apabila mereka memberi salam atas penghuni kubur ialah dengan ucapan ‘Salam sejahtera atas kamu sekalian penduduk negeri orang beriman’. Ini adalah ucapan bagi mayat yang memang mendengar dan mengerti. Jikalau mayat tidak mendengar dan tidak mengerti maka jadilah ucapan tersebut seperti ucapan kepada benda yang tidak wujud dan kaku. Para salaf telah ijma’ mereka atas perkara ini. Dan sesungguhnya telah mencapai tahap mutawatir segala atsar dari mereka itu dengan bahawa mayat itu mengenali akan orang yang ziarah baginya dan gembira ia dengannya.” (Kitab Ar-Ruuh)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas