Connect with us

Oh! Media

Abang Botak Dibebaskan Selepas 6 Hari Bermalam Dalam Penjara

Gambar samseng botak pecah cermin kereta dicekup polis tehpanasjpg

Umum

Abang Botak Dibebaskan Selepas 6 Hari Bermalam Dalam Penjara

Setelah enam hari bermalam di dalam penjara, akhirnya ‘Abang Botak’ atau Danial Tan Abdullah dibebaskan sementara setelah Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan pengangguhan perlaksanaan hukuman itu.

Sebelum ini telah tersebar di satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki bertindah memecahkan cermin kereta dengan menggunakan topi keledar dan suspek telahpun dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman berlangsung di hadapan Majistret Nur Shahira Abdul Salim. Mahkamah turut menetapkan RM6000 sebagai jaminan dan memerintah suspek Danial Tan Abdullah untuk melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis berdekatan.

IKLAN

Dalam masa itu juga, suspek turut memohon agar semakan terhadap hukuman penjara selama 12 bulan dilakukan yang dihantar kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu yang diwakili peguam Nur Rafiuddin Maswari.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas