Connect with us

Oh! Media

8 Forest Resort Di Malaysia Sesuai Untuk Percutian Santai Anda

ohmedia resort hutan 11jpg

Umum

8 Forest Resort Di Malaysia Sesuai Untuk Percutian Santai Anda

Apabila tiba waktu cuti, pasti ramai yang memilih untuk mengadakan percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Ramai yang memilih untuk bercuti di pantai dan pulau-pulau.

Namun, percutian di resort yang berkonsepkan nature di dalam hutan ini pasti menjanjikan pengalaman yang luar biasa.

Berikut merupakan resort forest yang terbaik di Malaysia dan sesuai dijadikan pilihan untuk relaxing gateway anda.

IKLAN

1. Sekeping Serendah, Selangor

Percutian di Sekeping Serendah menjanjikan suasana bagaikan berada dalam kediaman mewah di dalam hutan. Kedengaran bunyi unggas dan serangga yang cukup mendamaikan.

Website : sekeping.com/serendah

2. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan

Bagi yang nak lari dari hiruk pikuk kota dan mahukan kedamaian alam sekitar yang tenang, ini lah tempat paling sesuai. Malah anda boleh merasai suasana seolah-olah berada perkampungan di Bali.

Website : thedusun.com.my

3. Belum Rainforest Resort, Grik Perak

Belum Rainforest Resort merupakan salah satu destinasi percutian ekopelancongan terulung di Malaysia. Segalanya sangat natural dan menenangkan.

Website : http://www.belumresort.com/index.html

4. Tanah Aina Farouq, Raub Pahang

Tempat perlancongan Tanah Aina sememangnya terkenal dengan konsep santai dan bersifat nature. Tanah Aina mempunyai empat lokasi iaitu, Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong Pahang, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor, Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak dan Tanah Aina Farouq di Raub Pahang.

Website : http://www.tanahaina.com/

5. The Shorea, Seremban Negeri Sembilan

Resort The Shorea ini tersenarai antara villa paling cantik dalam Asia yang patut dikunjungi di Malaysia. Vila ini sesuai untuk percutian keluarga besar atau group gateway.
Website : theshorea.com

6. Time Capsule Retreat, Sungai Lembing Pahang

Time Capsule Retreat ini akan memberikan pengalaman percutian yang unik dan lain dari yang lain. Anda akan menikmati keindahan alam semulajadi daripada kabin yang berkonsepkan tiub.

Website : timecapsuleretreat.wix.com/home

7. Dusuntara Jungle Retreat, Batang Kali Selangor

Dusuntara Jungle Retreat hanya terletak lebih kurang satu jam perjalanan daripada bandar Kuala Lumpur. Tempat ini mungkin menjadi rahsia terbaik untuk percutian anda bersama keluarga mahupun kawan-kawan tanpa untuk mencari ketenangan.

 Website : dusuntarajungleretreat.com   

8. Eight Acres, Raub Pahang  

 
  

Eight Acres ialah sebuah resort yang berkonsep eco-friendly yang terletak diantara kebun buah-buahan, kelapa sawit dan pokok getah. Anda akan merasai suasana yang mendamaikan dan menenangkan jauh dari hirup pikuk kota.

Website : http://eightacres.net/

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas