Connect with us

Oh! Media

7 Sebab Kenapa Zaman Kanak-Kanak Kita Dulu Lebih Seronok Berbanding Zaman Sekarang

Branded

7 Sebab Kenapa Zaman Kanak-Kanak Kita Dulu Lebih Seronok Berbanding Zaman Sekarang

Bila zaman semakin maju, tanpa sedar budaya kita sedikit demi sedikit mula hilang ditelan zaman. Kalau nak dibandingkan dengan zaman kita membesar dulu, belum tentu kanak-kanak zaman sekarang dapat merasa semua pengalaman indah apa yang mak ayah mahupun atuk dan nenek mereka rasai dahulu.



Semua ni bukan sahaja disebabkan oleh perkembangan zaman tapi juga bagaimana mereka dibesarkan. Jika mereka membesar di kawasan kejiranan yang betul, tak mustahil zaman kanak-kanak mereka mempunyai kenangan yang hebat seperti kita dahulu. Kalau kita lihat pada hari ini, duduk rumah sebelah-sebelah pun belum tentu nak bertegur-sapa apalagi bertanya khabar.

Berikut adalah 7 sebab kenapa zaman kanak-kanak kita dulu lebih seronok berbanding zaman sekarang;

1. Motosikal Jual Aiskrim

Ingat lagi tak betapa seronoknya kita dulu bila tengah main dengan kawan-kawan, lepas tu dengar bunyi loceng orang jual aiskrim dari jauh? Tinggalkan semua mainan dan terus berkejar untuk beli aiskrim. Ada macam-macam perisa boleh dipilih. Sekarang ni memang sangat susah nak nampak lagi kan?

2. Memancing Dengan Kawan-Kawan

Kadang-kadang sampai kena marah bila pagi je dah hilang dan petang baru balik rumah. Kadang-kala dengan kaki yang berlumpur. Tapi bila mak ayah tengok dapat ikan semua tu tak jadi nak marah. Memancing antara aktiviti paling popular lah terutamanya bagi budak lelaki. Memancing mengajar kita pelbagai erti dalam kehidupan yang belum tentu dapat dirasai lagi kanak-kanak yang membesar pada zaman ini.

3. Main Basikal Pusing Satu Taman

Dulu memang tak sah kalau tak ada basikal. Menangis minta ayah belikan sebab kawan yang lain semua dah ada seorang satu. Hehe. Masa tu kalau ada basikal, tentu kitalah yang paling hebat. Boleh berjalan jauh pusing satu taman/kampung ramai-ramai.

Sekarang ni mungkin ada lagi tapi susah dah disebabkan kediaman mak ayah yang dah tak sama lagi macam dulu. Mungkin juga ibu-bapa yang risaukan keselamatan anak kerana kawasan kejiranan yang kurang bersesuaian untuk anak keluar bermain bebas.

4. Jalan Beraya Dengan Kawan-Kawan

Ini paling seronok bila tiba musim perayaan. Jalan ramai-ramai pergi dari satu rumah ke satu rumah lain sebab inilah masanya untuk kumpul duit raya banyak-banyak! Bukan datang nak makan sangat tapi nak duit raya je sebenarnya. Hehe! Budaya ni telah lama berterusan dari zaman-berzaman sejak dulu lagi tapi zaman sekarang ni dah susah nak nampak budak-budak jalan beraya.


Sebab utamanya adalah kewujudan pelbagai gajet yang membuatkan kanak-kanak kini berada dalam dunia fantasi mereka sendiri dan tambah pula jika kawasan kejiranan yang tiada hubungan silaturahim yang baik.


5. Lori Surat Khabar Lama

Dari jauh lagi dah dengar suara teriakan “SURAT KHABAR LAMAAAA!!” melalui lori yang telah dipasangkan dengan pembesar suara. Habis satu kampung dia pusing. Bukan surat khabar sahaja yang diambil tapi apa sahaja yang boleh di kitar semula akan selamat masuk ke dalam lori mereka. Mesti ramai yang ada kenangan macam ni kan? Kita dulu memang beruntung sebab membesar di kawasan kejiranan rendah jadi memang dapatlah jumpa dengan situasi macam ni. Sekarang ni kalau ada lagi pun, belum tentu dapat dengar lagi-lagi bila duduk di perumahan yang tinggi atau di kawasan yang tertutup.

6. Ramai Mak & Ayah

Kalau ikutkan langsung tiada ikatan darah daging dengan mereka tapi tentu ramai masih ingat bagaimana jiran sekeliling sentiasa ambil berat pasal kita tiap kali bermain. Walaupun kita main jauh dari pandangan mak dan ayah kita, tetap ada mata lain yang akan memerhati.

Kalau nampak kita buat benda yang berbahaya contohnya, mereka mesti sibuk marah kita walaupun mereka bukan mak ayah kita. Itulah indahnya bila hidup berjiran pada masa tu semua budak-budak mereka kenal dan tahu itu anak siapa.

Sekarang ni bila mak bapa sendiri pun sibuk buat hal sendiri dan tak ambil tahu pasal hal jiran sebelah, tak pelik pun kalau tak ada siapa nek peduli apa yang anak kita buat lagi.

7. Main Kat Taman Dengan Kawan-Kawan

Bagi yang dah mempunyai anak, tentunya ramai yang tidak lagi membenarkan anak-anak bermain di taman permainan pada zaman sekarang ni. Faktor utamanya kerana berasa risau soal keselamatan mereka dari pelbagai aspek. Tentunya ini berbeza sekali ketika zaman kita membesar dahulu apabila kita merasakan sangat bebas untuk bermain dengan kawan-kawan sekaligus banyak menyumbang kepada faktor tumbesaran dan pemikiran ketika itu.


Semua ini mungkin dapat diselesaikan jika anak-anak kita membesar di kawasan perumahan yang baik dan selamat juga sentiasa dikawal rapi setiap masa. Barulah anak-anak mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti yang mereka sukai sekaligus memberi impak yang sangat besar dalam proses pembesaran mereka.


Selain banyak lagi faktor lain, pemilihan kediaman adalah sangat penting bagi yang telah berkeluarga. Usah biarkan semua momori indah yang terlalu manis untuk dikenang tidak lagi dapat dirasai anak cucu kita pada hari ini dan pada masa yang akan datang.


MCT Cybersouth contohnya menyediakan kediaman yang amat berkualiti untuk anak-anak kita yang membesar di zaman moden ini dapat merasa dan menghargai semua pengalaman tersebut.

Dengan kawalan keselamatan 24 jam dan berpagar sepenuhnya, ibu-bapa bolehlah biarkan anak-anak keluar bermain dengan kawan-kawan di taman permainan tanpa perlu rasa risau. Kewujudan Clubhouse, Central Park memberikan kesan yang positif kepada persekitaran terutamanya penduduk juga kepada tetamu yang datang berkunjung.

Layari website MCT Cyber South di www.cybersouth.my untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang projek pembangunan perumahan pada harga mampu milik ini namun dengan pelbagai kemudahan yang mengagumkan.




Sama-sama kita semua rakyat Malaysia memberikan senyuman untuk membina hubungan yang lebih erat sesama-kita. Kalau bukan perlu bermula dari kita sendiri untuk ubah semua ni, jangan ratapi hilangnya kenangan terindah tu suatu masa nanti.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas