Connect with us

Oh! Media

Branded

6 Jenis Manusia Yang Kita Terpaksa Berdepan Sepanjang Hayat!

Setiap hari macam-macam orang yang kita akan jumpa samaada orang yang dah memang kita kenal ataupun orang baru yang akan terus mewarnai hidup kita. Kami senaraikan 6 jenis manusia yang ke mana pun kita pergi tetap kita tak boleh nak lari. Mahu atau tidak, mesti akan jumpa. Serius!!

1. Kaki Komplen!

Ini kalau korang tak kenal sesiapa yang kaki komplen, mungkin korang sendiri sebenarnya kaki komplen. Haha. Orang yang kuat komplen ni memang menyusahkan. Semua benda nampak salah dekat mata dia. Ini itu semua nak komplen. Semua perkara dia nak cari salah. Kalau kenal orang yang macam ni, jauhkan diri dari dia atau kalau korang sendiri ada perangai macam tu, bawa-bawalah bertaubat.

2. Terlalu Pendiam!


Pendiam ni bagus juga kadang-kadang tu tapi kalau terlalu pendiam pun orang naik Menyampah juga. Kita tanya sepatah, dia jawab sepatah. Kita tanya berpuluh patah, pun dia jawab sepatah jugak. Langsung tak ada feedback atau topik yang nak dibualkan. So bila kita jumpa orang yang macam ni, kemungkinan besar itu yang pertama dan terakhir kalilah korang melepak dengan dia.


3. Kaki Maki!


Orang yang kaki maki ni memang ramai. Bila dah selalu buat maka benda tu akan jadi kebiasaan. Pendek kata semua benda dia nak maki. Salah sikit kena maki apalagi kalau salah banyak kan? Kata-kata makian tu macam dah jadi makanan rutin dia. Ada baiknya! jaga mulut kita agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat yang tak enak didengar.

4. Mulut Puaka Habis!


Orang macam ni selalunya tak ada kawan. Pendek kata orang macam ni dipanggil mulut yang tak ada insurans atau mulut longkang! Dia bercakap main lepas je langsung tak fikir hati dan perasaan orang lain. Kalau dah kena cili mulut tu nanti baru dia tahu. Pernah dengar pepatah “Kerana Mulut Badan Binasa” kan? Haa jadi beringatlah jangan sampai tak pasal-pasal makan nasi guna straw nanti. Nak bercakap tu kena berlapik jangan nak ikut sedap mulut aje.


5. Mulut Manis Sampai Bersemut Beb!


Korang kena sentiasa berhati-hati dengan orang yang mulut manis ni. Apa yang keluar dari mulut dia semua janji bulan dan bintang. Kalau dia bercerita sesuatu yang dia sendiri pun tak pasti dekat orang lain, nampak semuanya seakan-akan pasti. Kalau dia berjanji, biasanya sampai sanggup bersumpah tapi hakikatnya semua tu hanya dusta belaka.


6. Mulut Putar belit


Kita mesti ada member yang suka pinjam duit kan? Masa nak pinjam janji nak bayar minggu depan. Bila dah sampai minggu depan tu dia bagi alasan kata duit tak masuk lagi. Bulan depan baru boleh bagi. Sampai bulan depan pula dia bagi alasan nenek dia nak kahwin lain so banyak nak pakai duit. Apa yang menyakitkan hati korang nampak dia pergi travel sana sini dalam Facebook punyalah kaya. Golongan macam ni elok korang tak payah berharap akan dapat duit tu balik.



6 jenis orang yang macam ni memang akan sentiasa ada di mana-mana pun kita pergi dan mahu atau tidak kita perlu berdepan dengan mereka. Tapi satu perkara yang pasti mereka akan menghadapi kesukaran juga dalam hidup contohnya sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan kerana sikap yang kurang baik.

Ini kerana kemahiran berkomunikasi yang baik merupakan “tiket” pertama dalam dunia pekerjaan dan ianya sangat penting. Ramai juga individu yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik tetapi tidak mengambil berat soal komunikasi. Kalau ada kerjaya pun, selalunya susah bagi mereka untuk maju ke hadapan.

Taylor’s University ada menawarkan bidang komunikasi yang menjadikan graduan mereka lebih berdaya saing dalam kalangan ribuan lepasan graduan lain.

Kenapa bidang Komunikasi di Taylor’s University menjadi pilihan ramai? Kami ringkaskan dalam bentuk pointer berikut.




.
1. Menjalani pembelajaran dengan fasiliti terbaik serta teknologi terkini.

2. Para pelajar didedahkan dengan pembelajaran di dalam bidang yang sebenar dan berususan dengannya pelanggan di dunia yang sebenar. Mereka akan berkomunikasi secara terus dengan organisasi tertentu dengan menggunakan kemahiran komunikasi tersendiri.

3. Para pelajar berpeluang menimba pengalaman berharga menerusi program Internship dengan syarikat tempatan mahupun antarabangsa sebagai persiapan untuk mereka menjalani alam pekerjaan sebenar.

4. Bakal mengikuti program Propassion Communications sebagai Public Relations (PR) Consultrancy yang diuruskan oleh pelajar tahun akhir.

5. Memperolehi bukan satu, malah DUA sijil yang akan mengiktiraf pembelajaran anda dalam bidang ini. Anda akan menerima sijil dari Taylor’s University dan University of the West of England (UWE) kerana bidang ini telah dikelolai oleh dua universiti ini untuk memberikan pembelajaran terbaik kepada para pelajar.

6. Dengan kelebihan yang ada pada diri anda, mudah untuk anda menyerlah dan mendapat perhatian daripada organisasi antarabangsa yang menjadi impian para pelajar.



Sebenarnya bidang Komunikasi yang ditawarkan Taylor’s University ini bukan sekadar pembelajaran namun, ia memberi peluang kepada para pelajar menimba ilmu serta pengalaman secara terus di dalam bidang pekerjaan yang sebenar. Secara tidak langsung memberi kelebihan kepada para pelajar untuk menerajui bidang pekerjaan yang diidamkan.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Taylor’s University, apa kata korang datang ke Hari Terbuka Taylor’s University pada 6-7 Julai 2019 ini. Layari Website www.university2.taylors.edu.my/enrol/
 untuk maklumat lanjut.



Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak! | Instagram

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas