Connect with us

Oh! Media

6 Cara Paling Mudah Untuk Jadi Sado

Branded

6 Cara Paling Mudah Untuk Jadi Sado

Ramai lelaki yang mengimpikan untuk mempunyai badan yang sasa dan menawan. Orang panggil “Abang Sado”. Untuk dapatkan badan yang sado ni, bukan boleh dapat dalam sehari dua tapi mengambil masa yang lama dan memerlukan disiplin yang sangat tinggi.

Ramai yang berkeinginan untuk jadi Sado, tapi tak mempunyai masa terluang yang banyak untuk selalu ke gym dan sebagainya. Jadi berikut kami kongsikan 6 cara paling mudah untuk jadi sado!

1. Pemakanan

Ini apa yang paling penting dan tak susah pun untuk anda buat memandangkan tiap-tiap hari kita mesti akan makan. Cumanya lepas ni kalau makan perlulah lebih berpada dan beringat impian anda untuk jadi sado maka lebih banyak pantang larang berbanding biasa. Jika anda seorang yang aktif, anda memerlukan lebih banyak kalori daripada orang yang tidak aktif bersukan.

Jika anda mengangkat berat, maka anda perlu makan lebih kerap. Orang yang aktif memerlukan lebih banyak kalori daripada orang yang tidak aktif bersukan. Minum 500ml air sejuk pada saat bangun tidur. Air sejuk membuatkan tubuh kita untuk bekerja lebih keras untuk memanaskan suhu tubuh badan kita sehingga merangsang metabolisme kita yang berehat saat kita tidur.

Jika anda ingin membina otot pula, anda perlu makan sumber protein tanpa lemak seperti Ayam, Ikan, dan Daging yang menjadi pilihan terbaik untuk pembina badan. Pengambilan Ikan Salmon juga amat bagus untuk kesihatan jantung memandangkan protein dalam Ikan Salmon lebih mudah dihadam dan diserap oleh tubuh badan.

Pilih daging kurang lemak, beras perang, roti gandum, oat, kacang dan roti rai. Selain makanan, jangan lupa mengambil cecair saat membina abdomen six pack kerana ia boleh mendatangkan perbezaan yang ketara juga.

Teh hijau mempunyai banyak kesan terhadap kesihatan. Mengambil dua atau tiga cawan sehari akan meningkatkan bendalir dan mengelakkan perut anda buncit. Buah-buahan sitrus seperti oren, limau gedang, lemon dan limau nipis membantu menyingkirkan lemak secara perlahan.

2. Dengan Siapa Anda Berkawan

Biasa kita lihat, mereka yang berbadan sado akan mempunyai ramai kawan yang juga berbadan sado. Ini kerana kenalan dan orang sekeliling pasti akan memberikan kesan juga kepada diri kita secara tidak langsung. Untuk mencapai matlamat ini, cari kawan-kawan yang sedang membina tubuh badan mereka atau yang sedang di dalam perancangan untuk berbadan sado. Ini akan menjadikan diri anda lebih gembira kerana mempunyai kawan yang menjurus ke arah minat yang sama. Lakukan aktiviti juga menjadi lebih seronok.

3. Lakukan Senaman Rutin Dari Rumah

Anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jam sebelum senaman yang telah dirancang. Ini memberi masa badan anda cukup untuk menghadamkan makanan, supaya anda mempunyai tenaga untuk bersenam. Anda juga perlu makan sesuatu dalam jumlah yang kecil, contohnya makan kuantiti buah-buahan secara sederhana adalah baik selepas latihan bina badan.

Ramai yang tealah membuktikan, senaman rutin yang dibuat setiap hari di rumah mampu memberikan kesan yang sama tanpa perlu keluar ke gym. Cumanya anda perlu tahu cara yang betul. Jika cara senaman ini tidak betul, boleh dikatakan ianya usaha yang sia-sia dan memenatkan sahaja tapi tak akan nampak hasilnya.

Usaha ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Lakukan aerobik aktif tiga hingga lima hari dalam seminggu selama 45 minit setiap hari. Pergi berjogging, berlari atau berenang. Kombinasikan setiap aerobik ini antara laju dan perlahan dalam rutin latihan harian untuk membakar lebih kalori.

Jogging secara perlahan selama tiga minit dan berlari laju selama satu minit sebelum kembali ke kelajuan perlahan. Ulangi urutan ini sepanjang waktu latihan. Gabungkan latihan rutin membina kekuatan tubuh selama 3 hari yang tidak berturut-turut dalam seminggu. Boleh dilakukan secara selang sehari. Jaringan otot merangsang peningkatan metabolisme dan membolehkan pembakaran lemak dengan lebih banyak. Kombinasikan senaman, di mana anda menggunakan berat tubuh anda sendiri untuk ketahanan dengan mengangkat mesin angkat beban dan tanpa beban.

Lakukan juga kombinasi latihan perut untuk 3 hari berselang selama seminggut (selang sehari). Latihan perut membentuk perut kita. Lakukan latihan seperti V-duduk. Berbaring telentang di atas lantai dengan kedua lengan di luruskan di atas kepala anda. Tarik nafas dan angkat lengan serta kaki untuk membentuk sebuah “V” dengan tubuh. Cuba rapatkan jari tangan anda ke jari kaki dan hembus nafas setelah dapat mencapai jari tangan hampir ke jari kaki. Rendahkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan.
bina badan di rumah.

Jangan lupa untuk latih perut bawah anda dengan melakukan sit-up. Baring di atas lantai telentang dengan lutut dibengkokkan dan rapatkan kaki ke peha. Letakkan tangan anda di belakang kepala. Tarik napas dan angkat pinggul dari lantai untuk membawa lutut anda ke arah dada anda. Angkat bahu dari lantai pada waktu yang sama. Hembuskan nafas sebelum menurunkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan.

4. Tidur 8 Jam Sehari

Jika sebelum ini anda tidur kurang 8 jam, tabiat ini perlu diubah untuk kembali menjadi manusia yang normal. Kurangkan aktiviti tak berfaedah seperti melepak berjam-jam di mamak atau menonton TV tanpa henti.

Cuba dapatkan waktu tidur 8 jam ssehari. Semasa anda tidur, tubuh anda akan berehat untuk membolehkan kita memiliki tenaga untuk latihan seterusnya pada keesokan hari. Kurang tidur dapat menyebabkan kelaparan dan menambahkan berat badan.

5. Pengambilan Supplement

Ini juga adalah sangat perlu untuk memenuhi kekurangan nutrisi akibat pemilihan makanan yang tidak seimbang. Ini penting untuk mengekalkan kecergasan dan menjadikan “Abang sado” lebih bertenaga. Jadi jangan lupa dapatkan supplement yang mendapat kebenaran daripada doktor. Jangan salah makan nanti takut nak jadi “Abang Sado”, tiba-tiba jadi “Abang Awwww” pulak. Hahaha!

6. Tidak Perlu Terlalu Serius




Video ini membuktikan Abang Sado boleh juga sesekali makan apa yang diinginkan tapi jangan sampai berlebihan. Ini dipanggil “cheat day” yang mana mungkin dalam sebulan ada sekali dua anda boleh makan apa sahaja yang anda inginkan tanpa lupa untuk terus mengamalkan rutin senaman dan pemakanan harian seperti biasa. Jangan terlalu serius kerana ia hanya memberikan tekanan kepada diri anda.

Akhir kata, anda perlu yakin dan konsisten dalam melakukan semua ini untuk mendapatkan bentuk badan Abang Sado. No pain, no gain. Jadi mulakan hari ini dan bersusah dahulu untuk menikmati kepuasan yang berpanjangan suatu masa nanti.

Baca respon pembaca di Facebook.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas