Connect with us

5 Petua Tradisional Hilangkan Jeragat Secara Semulajadi

Oh! Lifestyle

5 Petua Tradisional Hilangkan Jeragat Secara Semulajadi

Mesti ada di kalangan pembaca Ohmedia ni yang mengalami masalah jeragat kan? Bagi yang mengalami masalah seperti ini mesti tahu betapa sukarnya berhadapan dengan masalah jeragat ni. Ada yang sampai hilang keyakinan diri lagi-lagi bila ditegur dengan kenalan rapat.

Ohmedia nak kongsikan beberapa petua tradisional yang boleh menghilangkan jeragat. Sebelum tu korang tahu tak apa itu jeragat? Jeragat boleh dikatakan sebagai adik jerawat tau dan ianya boleh dilihat apabila ada lekukan kecik di kulit muka. Jeragat ni terjadi bila ada pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan bakteria di bahagian liang muka terutamanya kat hidung, dahi, dagu dan pipi.

Aloe Vera Bermanfaat Untuk Rambut Dan Kulit

Seperti semua orang tahu, aloe vera mempunyai banyak manfaat seperti kesihatan rambut. Selain bermanfaat untuk rambut aloe vera juga boleh dijadikan sebagai bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat. Sebelum menggunakan aloe vera kena pastikan muka bersih selepas tu baru sapukan gel aloe vera tersebut. Biarkan kering dan selepas itu bilas menggunakan air suam.

Teh Hijau Mengurangakan Pengeluaran Minyak

Selalunya orang minum teh hijau untuk kesihatan badan, tapi ramai yang tidak tahu yang teh hijau ni juga mampu untuk menghilangkan jeragat. Menurut sumber yang Ohmedia baca, teh hijau mempunyai faedah yang dapat mengurangi pengeluaran minyak dan dapat menghalang penyerapan adrogen dalam kulit. Sapukan pes teh hijau di seluruh bahagian muka, biarkan kering dan dibilas menggunakan air suam.

Kulit Kayu Manis Menyokong Perjalanan Kulit

Kebiasaannya orang guna kulit kayu manis ni sebagai rempah untuk memasak. Tetapi kulit kayu manis ini juga sangat berguna sebagai penghilang sakit secara semulajadi untuk jerawat dan memainkan peranan penting dalam menyokong penjanaan kulit semula. Penggunaan kulit kayu manis ini mestilah dicampur dengan 3 sudu besar madu. Madu adalah antibiotik semulajadi yang boleh membantu melembapkan kulit kita. Sapukan ke bahagian jeragat dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, basuh muka menggunakan air suam dan keringkan muka dengan tuala yang bersih.

Lemon Sebagai Vitamin Penghilang Jeragat Degil

Lemon yang dikategorikan sebagai keluarga oren ini mengandungi asid dan vitamin yang dapat menghapuskan jeragat yang degil. Mungkin sesetengah orang akan rasa sakit bila lemon ini disapukan di muka kerana rasanya yang menyengat. Tetapi cara ini juga mampu menghilangkan jeragat. Sapukan di bahagian yang berjeragat dan selepas selesai basuh muka dengan air sejuk.

Putih Telur Hanyir Tetapi Berkesan

Mungkin cara ini tidak disukai oleh sesetengah orang kerana baunya yang amis dan hanyir. Jika tiada bahan lain untuk digunakan maka putih telur harus di cuba. Seperti biasa, muka harus dibersihkan terlebih dahulu. Sapukan putih telur di bahagian jeragat. Biarkan kering dan sapu untuk lapisan yang kedua. Selepas kering sepenuhnya barulah boleh dibasuh dengan air suam.

Selamat mencuba guys!

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca pencinta kulit wajah di Facebook Oh! Media.

"Kalau Tak Pasti Jangan Kongsi..Respect!"

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

To Top