Connect with us

Oh! Media

5 Benda Bulat Yang Memberikan Keceriaan Berganda Di Musim Tahun Baru Cina

Branded

5 Benda Bulat Yang Memberikan Keceriaan Berganda Di Musim Tahun Baru Cina

Ini antara 5 benda bulat yang sangat sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina dan tanpa 5 benda bulat ni, tak cukup lengkap nak sambut Tahun Baru Cina nanti.

1. Buah Oren

Serius lah kan kalau tak ada buah Oren ni, itu bukan Gong Xi Fa Cai namanya!! Seronok lihat merata-rata orang jual buah Oren ni. Pelbagai bangsa akan beli berkotak-kotak untuk sama-sama merasai kehangatan perayaan yang disambut setahun sekali ini. Beli lebih sikit jadi boleh bagi jiran korang yang berbangsa Cina barulah harmoni kehidupan berbilang-bangsa di Malaysia yang unik ini.

Menurut kepercayaan mereka, sebutan buah Oren ni dalam bahasa Mandarin lebih kurang dengan bunyi “emas”. Jadi dengan adanya buah Oren ini di dalam rumah akan memberikan kekayaan dalam kehidupan.

2. Pomelos

Ini kalau dalam masyarakat Melayu, buah ni lebih dikenali dengan nama Limau Abung ataupun Limau Bali. Ini memang buah paling Ohmedia suka la sejak kecil lagi. Bila belah Limau Bali ni lepas tu kita boleh leraikan kepada beberapa bahagian lain. Buah Limau Bali ini mewakili nasib yang baik dan juga membawa perpaduan di dalam keluarga menurut kepercayaan bangsa Cina.

3. Tanglung Cina

Ini kalau korang tak kenal, baik jangan mengaku rakyat Malaysia. Hehe. Tanglung tentulah sangat sinonim dengan bangsa Cina. Biasanya sepanjang tahun kita dapat lihat Tanglung ini digantung di merata tempat. Ini kerana Tanglung ini membawa banyak makna untuk pelbagai perayaan dan sambutan orang Cina menurut kepercayaan mereka akan tapi salah satu tumpuan utama adalah semasa Tahun Baru Cina kerana ianya melambangkan masa depan yang cerah.

4. Tarian Singa

Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Jadi banyak yang bulat kalau kita perhatikan. Pertamanya yang menjadi tarikan tentulah mata Singa yang berkelip-kelip tu terkadang mencuit hati kerana comel. Lepas tu gong, dram, dan mercun semuanya bulat dan memainkan peranan yang sangat penting pada musim perayaan Tahun Baru Cina sejak dulu lagi.


5. Pizza!!

Semalam masa Ohmedia lalu kat MRR2, nampak iklan billboard Pizza Hut pasal menu baru mereka ni. Itu yang kami fikir, eh Pizza pun bulat juga dan kalau ingat Pizza, tentulah kita akan ingat dengan Pizza Hut yang berwarna merah tu kan? Rupa-rupanya memang Pizza Hut sangat sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina sejak dulu lagi dengan menyediakan pelbagai menu istimewa untuk kita cuba. Untuk tahun ni lagi lain macam surprise yang Pizza Hut ni bagi, guys!

Menggunapakai Konsep Lou Sang & Yee Sang

Lou Sang & Yee Sang ni adalah budaya masyarakat Cina sejak dahulu lagi setiap kali tiba perayaan tahun baru yang mana merupakan simbolik untuk berkongsi kegembiraan, kemakmuran, dan kekayaan dalam masyarakat mereka bersama keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan termasuklah jiran tetangga tanpa mengira bangsa dan agama.

Jadi, konsep “Lou Sang” inilah yang diambil dan digunakan oleh Pizza Hut untuk sama-sama menginspirasikan semua itu dengan seluruh rakyat Malaysia terutamanya buat kipas susah mati (die hard fan) yang tak boleh hidup tanpa Pizza Hut.

Dari konsep tersebut, maka terhasillah Cheese Sang Cheesy Bites dari Pizza Hut yang bila kami sendiri tengok gambar pun dah meleleh air liur dibuatnya. So apa yang menarik sangat dengan Cheese Sang Cheesy Bites pizza agaknya ye?

Padat Dengan Udang Tempura, Nenas & Sos Telur Masin!!

Semua ramuan yang diguna telah diperincikan dengan cukup sempurna. Korang tahu tak yang setiap satu ramuan untuk Cheese Sang Cheesy Bites dari Pizza Hut ni membawa maksud yang tersendiri?

Udang Tempura yang rangup membawa makna kegembiraan yang dapat dinikmati bersama-sama.

Sos Telur Masin pula membawa makna kemakmuran dan keharmonian yang perlu dipupuk dan dijaga dengan baik.

Nenas pula menggambarkan tentang kekayaan yang amat sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina sejak dahulu lagi.

Fuh! Mana tak gembiranya kan kalau macam ni. Setiap gigitan memang betul-betul boleh mencairkan sesiapa sahaja yang menikmati ditambah pulak dengan keharmonian Keju Cheddar dan Mozzarella yang amat epik sekali limpahannya. Slrrppp!!

Mesti ramai yang tak sabar nak cuba kan? Jadi sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina ni, apa kata korang sama-sama pergi layan sendiri Cheese Sang Cheesy Bites dari Pizza Hut ni dengan semua insan-insan yang tersayang sekaligus dapat merapatkan lagi ikatan silaturahim di musim perayaan kali ini.

Kalau nak layan kat rumah pun, apa susah boleh order ikut online kan? Tak pun korang call je 1-300-88-2525 dan terus order. Punyalah senang hidup ye tak? Hehe.

Jadi itu setakat 5 perkara bulat yang dapat Ohmedia fikir dan kaitkan dengan perayaan Tahun Baru Cina. Kalau ada lagi korang tolong tambahkan lah ye kat komen di Facebook Ohmedia tu. Jadi dikesempatan ini Ohmedia ingin ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua kaum Cina di Malaysia dan semoga keharmonian yang dibina sesama kita sejak dahulu lagi akan terus berkekalan sampai bila-bila pun.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas