Connect with us

Oh! Media

47 Orang Rakyat Malaysia Terlepas Penerbangan Pulang Dari Kemboja

menteri luar negeri datuk saifuddin abdullahjpg

Umum

47 Orang Rakyat Malaysia Terlepas Penerbangan Pulang Dari Kemboja

Rakyat Malaysia yang sebelum ini telah dilepaskan dari sebuah penjara di Poipet, Kemboja semalam telah dilaporkan terlepas penerbangan pulang ke Malaysia pagi tadi.

Seramai 47 orang rakyat Malaysia itu sepatutnya berlepas menaiki pesawat AirAsia pada jam 8.30 pagi namun oleh kerana masalah pentadbiran dan logistik, mereka terlepas.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, usaha membawa pulang mereka akan diteruskan esok dengan 20 kerusi bagi penerbangan keluar dari Phnom Penh ke Malaysia dan pihaknya pada masa sama mencari alternatif lain.

IKLAN

“Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk melihat sama ada masih ada kekosongan pesawat AirAsia pada Isnin atau mencari alternatif lain supaya urusan membawa pulang dilakukan secepat mungkin, antaranya mempertimbangkan menggunakan pesawat tentera.

“Ada di antara mereka tidak mempunyai pasport yang berkemungkinan akibat hilang atau diambil oleh pihak tertentu dan pagi ini, pegawai Kementerian Luar mengeluarkan dokumen perjalanan kecemasan kepada mereka untuk urusan balik,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas