Connect with us

Oh! Media

40,000 Tiket Online Aksi Malaysia Menentang Thailand Habis Dijual

46804298 1924254944337927 8257827053290651648 njpg

Umum

40,000 Tiket Online Aksi Malaysia Menentang Thailand Habis Dijual

Pertemuan antara Malaysia menentang  Thailand bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dilaporkan telah berjaya menjual sebanyak 40,000 tiket.

Penjualan yang bermula pagi tadi telah mendapat sambutan cukup hangat sehingga ia terpaksa dihentikan sebentar tadi selepas mencecah jumlah 20,000 keping tiket.

Terkini, peruntukan bagi penjualan tiket secara online yang berjumlah 40,000 telahpun habis terjual semuanya yang dapat dibeli penyokong melalui www.tickethotline.com.my.

IKLAN

FAM tidak dapat menjual terus kesemua 80,000 keping tiket menerusi sistem dalam talian kerana untuk memberi peluang kepada para penyokong yang tidak dapat membuat pembelian secara dalam talian supaya mereka boleh membeli tiket secara fizikal di kaunter tiket di Stadium Nasional dan juga di outlet terpilih Al-Ikhsan Sports.

“Baki 40,000 keping tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Khamis ini di kaunter tiket di Stadium Nasional iaitu sebanyak 30,000 keping tiket dan outlet terpilih Al-Ikhsan Sports sebanyak 10,000 keping tiket sehingga ia habis terjual.

Tiket separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki dijual pada harga RM40 untuk tempat duduk Grandstand (berbumbung), RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas