Connect with us

Oh! Media

400 Juta Nombor Telefon Pengguna Facebook Tersebar?

Umum

400 Juta Nombor Telefon Pengguna Facebook Tersebar?

Semua orang sekarang, bila berdaftar dengan apa sahaja laman sosial media, mesti perlu memasukkan beberapa maklumat peribadi seperi nama, tarikh lahir, no telefon dan email. Semua maklumat ini sebenarnya amat sulit dan ia telah dijamin untuk dilindungi oleh syarikat media terbabit.

ADVERTISEMENT

Tapi malangnya, syarikat media sosial gergasi dunia iaitu Facebook telah dikatakan menghadapi kebocoran maklumat peribadi pengguna apabila nombor telefon yang dihubungkan kepada lebih 400 juta pengguna telah bocor.

Ohmedia memetik laporan ini dari portal TechCruch yang menulis server yang menyimpan 419 juta rekod pengguna dalam beberapa data termasuk 133 juta akaun As, lebih 50 juta pengguna Vietnam dan 18 juta lagi datang dari pengguna Britain. Fuhh, nasib baik maklumat pengguna Malaysia tak tersenarai.

Server itu yang tidak dilindungi kata laluan yang bermakna sesiapa boleh mengaksesnya kekal online sehingga TechCrunch menghubungi penganjur laman pada malam tadi.

Bagaimanapun, Facebook mengesahkan sebahagian laporan itu dan menyatakan jumlah akaun yang terdedah hanya sekitar separuh daripada 419 juta yang dilaporkan.

Sumber: Utusan

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas