Connect with us

Oh! Media

3,000 Tiket Final Kedua AFF Suzuki Sudah Mula Dijual

Umum

3,000 Tiket Final Kedua AFF Suzuki Sudah Mula Dijual

Penyokong Harimau Malaya sudah boleh membuat pembelian tiket untuk Final kedua Piala AFF Suzuki di antara Malaysia menentang Vietnam. Tiket perlawanan yang berlangsung di Hanoi pada Sabtu ini telah mula dijual pada harga RM43.

ADVERTISEMENT

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Michael Ramalingam berkata, sebanyak 3,000 keping tiket pada harga RM43 sekeping disediakan untuk ekor Harimau Malaya menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung di Stadium My Dinh itu.

Katanya, peminat tempatan yang mahu membeli tiket perlawanaan itu perlu memilih jumlah tiket yang ingin dibeli dan membuat pembayaran penuh ke akaun Bank Islam – FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA dengan nombor akaun 12131010006121 serta menyimpan slip pembayaran.

Tambahnya, penyokong yang sudah membeli tiket berkenaan perlu menghantar e-mel butiran peribadi iaitu Nama Penuh, Nombor MyKad, Nombor Telefon, Jumlah Tiket dan melampirkan bersama slip pembayaran ke e-mel [email protected].

“FAM akan membalas e-mel berkenaan bagi mengesahkan penerimaan wang pembelian tiket tersebut.

“Penyokong boleh menebus tiket berkenaan di Hanoi pada Jumaat dan Sabtu dan mereka akan dihubungi oleh wakil FAM di sana bagi urusan penebusan tiket.

“Penebusan tiket itu hanyalah untuk penyokong Malaysia yang membeli tiket menerusi FAM.

“Sebarang pembelian tiket melalui FAM bagi perlawanan ini selepas 11.59 malam pada Rabu, 12 Disember tidak akan diproses,” tegas Stuart dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, FAM berharap inisiatif yang dilakukan sejak aksi sulung di tempat lawan bertemu Kemboja di Phnom Penh dan diteruskan sehingga ke final kedua itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyokong Harimau Malaya yang akan terbang ke Hanoi nanti.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas