Connect with us

Oh! Media

3 Remaja Rosakkan Makanan Kini Bebas Dengan Jaminan Polis

Umum

3 Remaja Rosakkan Makanan Kini Bebas Dengan Jaminan Polis

Nampaknya mereka sudah dilepaskan. Siapa? Sebelum ini telah viral di media sosial menunjukkan satu rakaman seorang remaja lelaki bersama rakan-rakannya telah merosakkan makanan di sebuah kedai Family Mart. Mereka telah direman pihak polis setelah pihak pengurusan kedai membuat laporan polis.

ADVERTISEMENT

Tetapi kini, memetik daripada laporan Harian Metro, ketiga0tiga remaja yang ditahan itu telahpun dibebaskan atas jaminan pihak polis kerana tempoh tahanan reman 4 hari telahpun tamat.


“Kita sudah merujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan tiada pertuduhan akan dibuat”.

“Kesalahan yang dibuat sudah diambil tindakan reman untuk siasatan lanjut polis dan ia memadai”, kata Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee.

Sebelum ini, perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendahtar Mahkamah Khas Reman, Nurhayatie Mohd Saini apabila pengurus kedai serbaneka itu membuat laporan polis berhubung kes berkenaan. Sejurus menerima laporan pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas