Connect with us

Oh! Media

20 Kru Sesak Nafas Kerana Set Penggambaran Terbakar

Umum

20 Kru Sesak Nafas Kerana Set Penggambaran Terbakar

Kru set penggambaran di kawasan hutan berhampiran sebuah pasar raya dekat Bandar Bukit Puchong, di sini berdepan detik cemas apabila rumah yang dibina untuk sesi penggambaran terbakar pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kumpulan berkenaan sedang menjalankan sesi penggambaran babak kebakaran sebelum api merebak menyebabkan 20 kru sesak nafas termasuk seorang kritikal akibat terhidu asap.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Putrajaya Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Putrajaya Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian jam 7.06 pagi.

“Seramai empat anggota bergegas ke lokasi selepas difahamkan 20 kru penggambaran terhidu asap. Pasukan kami memberi bantuan awal dan membawa mangsa ke Hospital Serdang.

“Mangsa dibawa menaiki ambulans ke hospital. Punca kebakaran tidak dapat dipastikan, namun maklumat awal mendapati mereka menjalankan babak kebakaran sebelum api merebak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut bergegas ke lokasi untuk operasi memadamkan kebakaran.

“Semua mereka tidak melecur, namun didapati terhidu asap. Seorang daripada mereka dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke zon merah Hospital Serdang,” katanya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas