Connect with us

Oh! Media

2 Pemain Negara Berjaya Ungguli Kejohanan Boling The Masters

Umum

2 Pemain Negara Berjaya Ungguli Kejohanan Boling The Masters

Pemain professional negara, Ahmad Aidil Abdul Halim, 22 mempamerkan aksi membanggakan selepas muncul naib juara acara Masters pada Kejohanan Boling ‘The Masters’ di Sunway Megalanes, Petaling Jaya, semalam.

ADVERTISEMENT

Anak jati Kuala Lumpur berusia 22 tahun yang menguasai pusingan kelayakan, tewas 193-203 dan 187-257 kepada bekas juara dunia, Cho Young-Seon dari Korea Selatan pada aksi final stepladder.

Pemain elit negara, Muhammad Rafiq Ismail yang masih segar dengan kejayaan meraih kejuaraan dunia di Hong Kong, baru-baru ini, menamatkan saingan di tangga ketiga selepas tewas pada aksi separuh akhir kepada Young-Seon.

Selaku juara, Young-Seon membawa pulang RM40,000 dan trofi kejohanan, manakala Ahmad Aidil dan Muhammad Rafiq masing-masing meraih RM20,000 dan RM15,000 selaku naib juara dan pemenang tempat ketiga.

Ahmad Aidil ternyata gembira dengan kejayaan tersebut walaupun gagal dalam misinya untuk meraih kejuaraan pada kejohanan tersebut yang turut melibatkan peserta wanita.

Kejohanan Boling ‘The Masters’ turut disertai beberapa peserta dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, Hong Kong, Australia dan Indonesia.

Sumber: Sinar

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas