Connect with us

Oh! Media

14,200 Orang Pesakit HIV di Singapura Terlibat Dalam Ketirisan Maklumat

Umum

14,200 Orang Pesakit HIV di Singapura Terlibat Dalam Ketirisan Maklumat

Selepas maklumat peribadi di sebuah Universiti awam Malaysia dikatakan tertiris, terkini maklumat peribadi seramai 14,200 orang positif HIV di Singapura pula dikatakan tertiris. Antara butiran yang tertiris adalah nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat kediaman, keputusan ujian HIV dan maklumat kesihatan.

ADVERTISEMENT

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, butiran-butiran yang tertiris terbahagi kepada butiran rakyat Singapura yang sebanyak 5400 orang dan butiran rakyat asing sebanyak 8800 orang.

Walaubagaimanapun, kerajaan Singapura telah berjaya mengesan seorang individu yang dipercayai menyebabkan perkara ini berlaku iaitu Mikhy K Farrera Brochez yang pernah dipenjarakan kerana kesalahan melibatkan dadah pada tahun 2016, namun telah dihantar keluar daripada Singapura pada tahun 2018.

Tindakan pantas kerajaan Singapura juga telah dilihat amat berkesan apabila telah menutup tirisan yang menyebabkan isu tersebut, dan telah menghubungi beberapa individu yang terkesan oleh tirisan tersebut, dan kini sedang meminta bantuan orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti yang meragukan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas