Umum
“1400 Pengguna Terima “Refund” Dari TNB” – Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan.

“Setakat ini kita telah refund kepada pengguna di mana kita telah refund kembali ke dalam bil. Itu cara pertama. Cara kedua, ada pengguna meminta secara terus kita kreditkan ke akaun bank pengguna. Jadi, ada dua cara. Itu penyelesaian kita buat,” katanya semasa lawatan TNB bersama media di Kedai Tenaga dan TNB Careline pada Selasa.
Analisa yang dijalankan oleh TNB, dipetik dari Awani, sistem pemasangan smart meter di Melaka yang menjadi projek perintis memberi kesan kepada bil elektrik pengguna. Bagaimanapun, kesulitan berkenaan hanya bersifat sementara demi kemudahan pengguna pada masa hadapan.
“Jadi sebenarnya meter-meter baharu ini mempunyai fungsi yang boleh memberi kebaikan kepada pengguna iaitu membantu pengguna memantau penggunaan elektrik. Pada masa sama, memang ada kesan kepada sebahagian pengguna iaitu peningkatan bil disebabkan penukaran meter-meter baharu ini di mana meter-meter lama, kejituan dan ketepatannya telah lari. Jadi apabila dipasang dengan meter baharu maka ada peningkatan dalam bil. Itu sebahagian analisa daripada maklum balas khususnya pengguna di Melaka,” tambahnya.
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Youtube Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM