Sejak minggu lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan berita adik Zayn Rayyan yang ditemui meninggal dunia di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumah rupanya mati dibunuh.
Sehingga kini, pihak polis masih melakukan siasatan terperinci untuk mencari pelaku kejadian tragis ini.
Terbaru, pihak keluarga menerusi satu hantaran TikTok menafikan dakwaan arwah mempunyai bapa tiri. Kata Ziyad Anas Zahari, Zayn lahir 9 bulan selepas ibu dan ayahnya berkahwin.
Lelaki ini merayu orang ramai berhenti menyebarkan fitnah dan spekulasi mengenai keluarga itu. Jelasnya, Zayn Rayyan dibesarkan dalam keluarga yang sangat bahagia.
Datuk arwah, Zahari Mohd Reba turut memuat naik status meluahkan rasa sedih setiap kali melihat wajah cucu kesayangannya itu.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyatakan bahawa petunjuk suspek kes bunuh yang dimiliki ketika ini menjurus kepada seorang individu.
Antara bahan siasatan yang sedang diteliti adalah rakaman dashcam setiap kenderaan penduduk.
BACA: Petunjuk Kes Pembunuhan Zayn Rayyan Menjurus Kepada Seorang Individu Sahaja
Kredit: TikTok Ziyad Anas Zahari | Facebook Zahari Mohd Reba
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.