
Trending
Zarina Zainuddin Muat Naik Video Anak Ridzokumura, Sky Taizo Undang Perhatian!
Kecoh di media sosial berita mengenai pemergian isteri kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura sejak Jumaat lepas.
Menerusi Facebook, Zarina Zainuddin ada memuat naik satu video menunjukkan rakaman anak kepada Ridzuan Ridzokumura iaitu Sky Taizo Okumura telah mengundang perhatian ramai.
“Saya nak bersendirian” – Sky Taizo Okumura

Kalau kornag tengok video itu,, Sky dilihat duduk di kerusi urut sambil Zarina memintanya memegang telefon bimbitnya. Namun, reaksi Sky yang tidak selesa dan meminta untuk bersendirian telah menyentuh hati netizen.
Netizen minta Zarina Zainuddin hormati privasi

Selepas video itu tular, ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dan berharap agar Zarina memberi ruang privasi buat Sky, lebih-lebih lagi selepas kehilangan ibunya.
Mereka juga menegur agar tidak menjadikan Sky sebagai ‘content’ di media sosial kerana anak kecil itu sedang berdepan dengan kesedihan.
#ApaKataOhmedia
Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah, terutama bagi seorang kanak-kanak. Sebagai masyarakat, kita perlu lebih peka dan memahami perasaan mereka tanpa terlalu mendedahkan ke media sosial. Berikan mereka ruang untuk meratapi kehilangan dan menyembuhkan luka hati.
