Connect with us

Oh! Media

Zarina Anjoulie Nak Saman Kak Ton, Ini Respon Nadia Annuar

zarina anjoulie nadia annuar

Trending

Zarina Anjoulie Nak Saman Kak Ton, Ini Respon Nadia Annuar

Pengacara terkenal, Nadia Annuar tampil mempertahankan ibunya, Dr Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton selepas nama figura perniagaan itu dikaitkan dalam perbalahan antara Zarina Anjoulie dan seorang wanita dikenali sebagai Nurul.

Menurut laporan mStar, Nadia berkata tindakan Zarina menyebut nama ibunya dan syarikat Beauty Umaira HQ telah mencemarkan nama baik yang dibina selama lebih 16 tahun dalam industri.

Kalau dia sebut Kak Ton saja mungkin saya tak meroyan macam ini… tapi dia jelas sebut Beauty Umaira HQ. Ini sudah melampau!

Nadia Annuar takkan berdiam diri, sedia ambil tindakan undang-undang

img 5061

Nadia turut mendakwa Zarina mengugut mahu menyaman ibunya tanpa sebab yang jelas, malah tindakan itu mencetuskan salah faham dalam kalangan netizen.

IKLAN

Dia siapa nak saman Kak Ton? Kak Ton buat apa pada dia? Saya ada video dia ulang nak saman ibu saya berkali-kali.

Disebabkan itu, Nadia dan adiknya, Harris Annuar sedang mengumpul bukti untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Zarina.

Isu sebenar: Nurul jual produk dalam siaran langsung

nadia annuar buka tudung ohmedia

Nadia turut menjelaskan bahawa Nurul hanyalah pekerja Kak Ton yang dibayar untuk menjual produk menerusi siaran langsung. Kejadian berlaku apabila Zarina tersalah faham ketika Nurul hadir ke rumahnya untuk urusan peribadi dan membuat siaran langsung produk.

Mummy bayar dia untuk buat live jual produk. Dia pandai bercakap jadi ambil komisen, bukan guna nama Anju pun.

Pssttt! Fikir dulu sebelum sebar nama orang di media sosial. Silap cakap, maruah orang boleh tercalar, malah boleh berakhir di mahkamah.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas