Connect with us

Oh! Media

Zarina Anjoulie Didakwa Promosi Maksiat, PU Syed Beri Teguran!

Ohmedia pu Syed Zarina Anjoulie

Trending

Zarina Anjoulie Didakwa Promosi Maksiat, PU Syed Beri Teguran!

PU Syed tegur keras Zarina Anjoulie yang didakwa promosi maksiat. Malah, beliau gesa pihak berkuasa segera ambil tindakan.

Pendakwah bebas PU Syed sekali lagi tampil memberi teguran keras terhadap pelakon sensasi, Zarina Anjoulie yang didakwa mempromosikan perbuatan tidak bermoral di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegaskan bahawa tindakan pelakon tersebut seolah-olah mengajak orang ramai melakukan maksiat.

Artis-artis yang selalu buat onar dalam negara atau di luar negara ini kadang-kadang perlu dihukum dengan dipenjarakan atas perbuatan mereka berbangga menayang perbuatan mungkar mereka di media sosial.

PU Syed pernah tegur sejak PKP lagi

PU Syed turut mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama beliau menegur Zarina. Katanya, sejak zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, dia sudah memberi nasihat kepada pelakon tersebut.

IKLAN

Pelakon ini pernah saya tegur, terutama semasa PKP dulu. Ingatan kepada dia dan yang lain, kalian tidak perlulah mempromosikan maksiat kepada masyarakat kerana perbuatan ini dilarang tegas dalam agama.

Hadis tentang perbuatan buruk

Pu Syed

Bagi menguatkan teguran itu, PU Syed turut berkongsi hadis Nabi Muhammad SAW berkenaan dosa orang yang memulakan perbuatan buruk.

Sesiapa yang menciptakan atau memulakan sunnah yang buruk dalam Islam akan menanggung dosanya sendiri dan dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa orang yang mengikuti.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Menurut PU Syed, ini bermakna perbuatan buruk yang dimulakan seseorang akan terus memberi dosa berpanjangan, walaupun dilakukan oleh orang lain.

Dakwa Zarina Anjoulie buat perkara jelek

Zarina Anjoulie Anju Hot Daddy

PU Syed juga membangkitkan isu tindakan Zarina yang memuat naik gambar berpelukan dengan seorang lelaki yang sebelum ini aktif menghasilkan kandungan tidak senonoh.

Perbuatan ini tidak bagus kerana melibatkan bukan mahram. Kena ada batas halal dan haram. Sangat jelek dan amat dilarang dalam agama.

Malah, beliau turut merayu pihak berautoriti untuk campur tangan sebelum keadaan semakin membimbangkan.

Mohon pihak berautoriti untuk respon tentang perkara ini, semakin dibiar semakin parah.

Pssttt! Artis atau orang biasa, kita semua jadi contoh kepada masyarakat. Jangan kerana mahu perhatian, kita sanggup normalisasikan perkara mungkar. Beringat sebelum terlambat.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas