Connect with us

Oh! Media

Zahid Hamidi Mahu BN ‘All Out’ Guna Strategi Digital Hadapi PRU-16

Ohmedia zahid Hamidi

Trending

Zahid Hamidi Mahu BN ‘All Out’ Guna Strategi Digital Hadapi PRU-16

Zahid Hamidi tegaskan BN perlu ubah strategi dan guna pendekatan digital bagi hadapi PRU-16.

Barisan Nasional (BN) disaran merangka strategi politik baharu yang lebih bijaksana, termasuk pendekatan digital dan langkah taktikal, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang dijangka berlangsung dalam tempoh maksimum 22 bulan.

Menurut laporan Sinar Harian, pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa gabungan itu tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada pendekatan konvensional.

BN perlu bergerak secara digital

Zahid Hamidi

Menurut Ahmad Zahid, perubahan demografi pengundi dan landskap politik semasa memaksa BN untuk bergerak ke arah kaedah bukan konvensional, khususnya secara digital.

IKLAN

Strateginya harus berubah untuk kita melakukan pendekatan bukan konvensional… kaedah-kaedah baharu secara digital wajib dilakukan kerana mustahil untuk kita mendekati seluruh 2.5 juta pengundi baharu ini secara komunikasi bersemuka, ia mesti dilakukan dengan cara digital.

Ahmad Zahid turut mengakui tiada lagi parti dominan yang mampu membentuk kerajaan secara bersendirian, sekali gus menuntut strategi lebih realistik dan inklusif.

Kita harus mengakui bahawa pengundi kali pertama, ertinya mereka yang berumur 18 tahun, setiap tahun kohotnya adalah kira-kira setengah juta… dalam keadaan itu, strateginya harus berubah.

“Strateginya harus berubah” – Ahmad Zahid Hamidi

Zahid Hamidi

Mengulas keputusan PRU ke-15, Ahmad Zahid berkata BN perlu menilai semula prestasi selepas hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, termasuk faktor demografi, pertembungan pelbagai penjuru dan isu dalaman.

Beliau turut berkongsi pengalaman politik di Sabah sebagai bukti strategi tepat pada masa dan tempat mampu memberi kelebihan walaupun bertanding dengan jumlah kerusi yang kecil.

Biarpun kita sedikit tetapi kita telah melakukan strategi politik yang benar, tepat pada waktunya dan kena pada tempatnya.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa BN perlu berani mengubah pendekatan komunikasi politik, tidak terlalu defensif dan memberi fokus untuk mendominasi semula PRU-16.

Pssttt! Dalam politik moden, siapa cepat menyesuaikan diri akan kekal relevan. Dunia sudah digital, strategi pun perlu ikut rentaknya.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas