Connect with us

Oh! Media

Ysuku Disita Akibat Pemilik Rempuh Anggota Polis

polis 1 1

Trending

Ysuku Disita Akibat Pemilik Rempuh Anggota Polis

Terdapat satu kejadian dimana seorang lelaki yang menunggang motosikal melanggar seorang anggota polis petang semalam.

BACA : Wanita Tinggalkan Motosikal Dan Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku ketika operasi ‘snap check’ di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh.

IKLAN
3e4b1682 75ad 4e45 bd25 c046eb206140

Pada awalnya, salah satu anggota cuba untuk menahan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15zr. Walaubagaimanapun, suspek yang berusia 22 tahun itu cuba larikan diri dan melanggar mangsa di bahu jalan.

Akibat pelanggaran itu, suspek dan anggota terjatuh dan mengalami kecederaan. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

Pemeriksaan pada badan suspek tidak menemui sebarang sebarang barang salah dan suspek yang juga nelayan tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalan kenderaan sudah tamat tempoh.

Kenderaan yang ditunggang suspek telah disita dan dia telah direman selama empat hari. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1947.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas