Trending
Watie Hanifiah Dedah Pernah ‘Buat Hidung’ Sebanyak Enam Kali
Isteri kepada pelawak terkenal Shuib baru-baru ini telah mengejutkan warga maya atas pengakuannya dalam satu rancangan podcast.
BACA : Watie Hanifiah Samakan Uwais Dengan Orang Asli Perjelas Hal Sebenar
Watie Hanifiah mendedahkan bahawa dia telah membuat pembedahan pada bahagian hidung sebanyak enam kali.
Menerusi rancangan Dol’s podcast, Watie berkata dia melakukan hal tersebut kerana tidak tahan hidungnya sering diejek.
Sebenarnya hidung saya palsu, saya memang tidak mempunyai batang hidung kiranya hidung saya ni memang penyek. Adik selalu cakap hidung saya macam bontot. Bila pergi sekolah, kawan buli dan ejek hidung macam bawang.
Watie juga berkata dia mempunyai satu gelaran di sekolah iaitu ‘Fati bawang’ kerana hidungnya begitu.
Sewaktu masih bersekolah Watie sudah berazam untuk mengumpul duit bagi membuat hidung, bukan sahaja kerana sering diejek tetapi juga disebabkan dia menghadapi resdung yang kronik.
Watie pernah membuat pembedahan hidung di Hatyai, Bangkok dan Korea. Kos yang pernah dibelanjakan mencecah RM30,000 untuk enam kali pembedahan.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Youtube Dol’s Podcast
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM