Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Tunggang Basikal Elektrik Maut Kemalangan

Ohmedia basikal Elektrik

Trending

Warga Emas Tunggang Basikal Elektrik Maut Kemalangan

Satu lagi tragedi jalan raya telah berlaku, melibatkan seorang warga emas yang menunggang basikal elektrik. Kejadian ini berlaku di Kilometer 5, Jalan Bahau Kemayan, Jempol Negeri Sembilan petang semalam.

Memetik laporan Kosmo! Online, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Toyota Vios dan basikal elektrik jenis lem e-bike.

Kemalangan
Foto Kosmo

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kemalangan berlaku ketika pemandu Toyota Vios iaitu seorang wanita berusia 55 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ladang Gaddes.

IKLAN
Basikal Elektrik
Foto Utusan TV

Semasa kereta itu bergerak lurus di laluannya, seorang lelaki berusia 85 tahun yang menunggang basikal elektrik secara tiba-tiba melintas dari arah kiri berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahau 2 untuk menuju ke Taman Sri Mahsan.

Penunggang basikal elektrik mahu ke Taman SriMahsan lalu berlaku pelanggaran di bahagian sisi kanan basikal tersebut di laluan utama kereta yang sah. Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang basikal elektrik telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan muka.

Polis kini menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya.

Polis juga merayu agar saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Inspektor Yasmin Beevee Mohamed Ali di talian 012-9434222.

Ohmedia basikal Elektrik

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo! Online | Utusan TV


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas