Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Lari Berlumuran Darah Selepas Di Pukul Anak Guna Cangkul

Trending

Warga Emas Lari Berlumuran Darah Selepas Di Pukul Anak Guna Cangkul

Gara-gara kerana pokok nangka, seorang anak sanggup memukul bapanya dengan sebatang cangkul dalam kejadian di Kampung Cina Sungai Durian, semalam.

ADVERTISEMENT

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 69 tahun itu dikatakan telah mengalami beberapa kecederaan termasuk patah tulang siku, bengkak di pergelangan tangan kanan dan menerima jahitan di lengan dan kepala.

Keadaan warga emas yang berlumuran dengan darah selepas diselamatkan.

Anuar Othman selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 12.36 tengah hari.

Siasatan awal juga mendapati warga emas itu dipukul oleh anak lelakinya yang berusia 40 tahun dengan sebatang cangkul.

Mangsa dikatakan dipukul oleh anaknya kerana perselisihan faham mengenai jenis pokok yang ditanam mangsa di mana suspek tidak mahu bapanya itu menanam pokok nangka di tanah milik mangsa.

Suspek yang berang telah memukul bapanya menggunakan batang cangkul sebelum mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah lari menyelamatkan diri. – Katanya.

Mangsa kemudiannya telah melarikan diri dengan menaiki motosikal telah dijumpai oleh seorang lelaki pada pukul 8.20 pagi yang kemudian telah membantu untuk menghubungi ambulans dan menantunya.

Mangsa juga telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan kecemasan.

Siasatan mendapati, dua beranak itu tinggal berasingan dan suspek adalah anak keempat hasil perkahwinan mangsa dengan isteri pertama dan tinggal sendirian di rumah mangsa iaitu lokasi kejadian.

Suspek tidak bekerja dan disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selain mempunyai beberapa rekod lampau. – Katanya.

Menurut Anuar, suspek sempat melarikan diri selepas kejadian itu dan usaha bagi mengesannya masih lagi dijalankan.

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas