Connect with us

Oh! Media

Trending

Warga Asing Kantoi Beli Permit Pergerakan PKP Palsu

Jumaat lepas, pihak polis telah berjaya menahan tiga lelaki warga Pakistan yang dipercayai menggunakan permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) palsu semasa mereka membuat pembelian tiket bas dalam kejadian di Terminal Bas Larkin.

Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain selaku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan berkata, suspek yang ditahan berusia antara 28 hingga 41 tahun.

IKLAN
Gambar suspek.

Menurutnya, siasatan juga mendapati suspek telah membeli permit pergerakan PKP palsu itu dengan harga RM50 sekeping.

Ketiga-tiga suspek ditahan polis bantuan ketika mereka mengemukakan permit PKP terbabit ketika cuba membeli tiket ke Kuala Lumpur di Terminal Bas Larkin, dekat sini.

Siasatan dibuat mendapati mereka telah membeli permit palsu itu daripada seorang individu tidak dikenali dengan bayaran RM50 bagi sekeping borang. – Katanya.

Suspek juga dikatakan membuat pembelian itu dengan membayar secara memasukkan wang ke dalam akaun bank tempatan individu berkenaan.

Semakan rekod yang dibuat mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Tambah beliau, kesemua suspek kini dikenakan tahanan reman selama 14 hari bermula tarikh tangkapan sehingga 1 April.

Kredit: Kosmo

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas