Connect with us

Oh! Media

Wanita ‘Tinggal’ Di KLIA Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Mental

Ohmedia klia 1

Trending

Wanita ‘Tinggal’ Di KLIA Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Mental

Wanita yang tinggal di KLIA Terminal 1 disahkan memiliki kad masalah mental dan telah diserahkan ke Hospital Kajang.

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan seorang wanita ‘tinggal’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak setahun lalu.

Dia dipercayai menjadikan kawasan terminal sebagai tempat tidur dan mandi serta turut bergantung sepenuhnya dengan kemudahan awam yang disediakan di KLIA.

Polis sahkan wanita ada kad masalah kesihatan mental

Klia

Terbaru, polis akhirnya tampil memberi penjelasan sebenar mengenai identiti serta keadaan wanita berkenaan.

IKLAN

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah memaklumkan bahawa wanita itu merupakan warga tempatan dan telah ditahan pada 18 Disember lalu.

Dalam pemeriksaan polis, pihak berkuasa menemui maklumat penting berkait status kesihatan wanita itu.

Pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai kad masalah kesihatan mental dan tindakan lanjut telah diambil dengan menyerahkannya ke Hospital Kajang.

Namun, punca sebenar mengapa wanita itu berada dan tinggal di KLIA Terminal 1 masih tidak dapat dipastikan setakat ini.

Pssttt! Isu ini mengingatkan kita bahawa keadaan kesihatan mental bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Tindakan pantas pihak polis menghantar wanita ini ke hospital adalah langkah tepat untuk memastikan keselamatannya. Semoga beliau mendapat rawatan sewajarnya dan kembali stabil.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas