Connect with us

Oh! Media

Wanita Tergamak Tinggal Anak Berusia 40 Hari, Gara-Gara Kantoi Pakai Pasport Palsu

Trending

Wanita Tergamak Tinggal Anak Berusia 40 Hari, Gara-Gara Kantoi Pakai Pasport Palsu

Seorang wanita dipercayai warga Indonesia telah tergamak meninggalkan bayinya yang baru berusia 40 hari gara-gara perbuatannya menggunakan pasport palsu telah terbongkar. 

ADVERTISEMENT

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru berkata, bayi itu telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat muntah berlarutan pada 16 Februari lalu ketika dia berusia 12 hari.

Menurutnya laporan Harian Metro, bayi lelaki itu dikatakan lahir pada 5 Februari lalu, tetapi ibu kandungnya tidak mendaftarkan kelahirannya sehinggalah dia dibawa ke HSA.

Pada 14 Mac lalu, rujukan bersurat dilakukan kepada konsulat Indonesia dan mendapati nombor pasport digunakan wanita berkenaan adalah palsu dan milik individu lain.

Sejak helahnya terbongkar, wanita berusia 30-an berkenaan bertindak menghilangkan diri bagi mengelak tindakan pihak berkuasa. 

Ketua jururawat juga turut membuat laporan polis memaklumkan wanita itu gagal menuntut bayinya.

Bayi itu dilaporkan telah dibenarkan keluar hospital pada 25 Mac lalu dan kini ditempatkan di Rumah Perlindungan JKM Johor mengikut subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.

Bayi berkenaan kini dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

Bayi berkenaan dalam keadaan sihat dan usaha mengesan ibu kandungnya masih dijalankan oleh JKM.

JKM juga turut meminta bantuan orang ramai yang mengenali waris bayi berkenaan menghubungi Pelindung Kanak-kanak, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606 atau 07-2232607.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas