
Trending
Wanita Lambai Tangan Sambil Menangis, Sebak Sukarelawan Sudi Bersihkan Rumah
Oleh
Sebuah video telah tular di media sosial apabila seorang wanita warga emas melambai tangan kepada sukarelawan sambil menangis menahan sebak.
BACA: Ini Kawasan Yang Dijangka Banjir Pada Khamis Atau Jumaat Ini Di Kelantan Dan Terengganu Mengikut JPS
Banjir besar yang berlaku di negeri Selangor telah menyebabkan banyak rumah dilanda banjir lumpur yang sangat teruk, lebih-lebih lagi di kawasan Hulu Langat.
Menangis kerana sukarelawan mahu pulang
Harini aku turun Hulu Langat Batu 19 utk tolong apa yg mampu..
— 🇲🇾The Explorer 🇵🇸 (@e_pull) December 25, 2021
rumah makcik ni kami bersihkan sampai makcik ni tak dapat tahan sedih kami tinggalkan… 😢.
Maaf cik, kami tak ckup masa untuk kemas semuanya…
Dia bersuami tp tak der anak. pic.twitter.com/cwGuzRxp7T
Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter @e_pull, wanita tersebut kelihatan sangat sedih dan mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan sukarelawan kerana membersihkan rumahnya yang teruk dilanda banjir.
Menurut pemilik video tersebut, dia dan rakan-rakannya tiada niat untuk singgah ke rumah makcik tersebut, namun apabila mereka tiba di rumah itu dan bertanyakan kepadanya jika ada apa-apa yang perlu dibantu, makcik itu meminta mereka untuk tolong membersihkan rumahnya.


Ramai yang melihat video itu megucapkan terima kasih kepada para sukarelawan itu kerana sanggup bantu mengemaskan rumah makcik tersebut.


Semoga usaha para sukarelawan ini mampu untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan yang terkesan. Semoga urusan mereka dimudahkan dan dimurahkan rezeki.
Kredit: Twitter
